RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 Mac 2021

Petronas Yamaha SRT 2021 Diperkenalkan Dengan Rasminya

Kemunculan pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing (SRT) yang kini masuk musim ketiga dalam saingan MotoGP sememangnya dinanti-nantikan oleh semua pencinta MotoGP di seluruh negara. Antara sebab utamanya tentulah kerana pemilihan juara dunia 9 kali, Valentino Rossi yang akan bergandingan dengan anak didiknya, Franco Morbidelli.

Valentino Rossi
Valentino Rossi
Franco Morbidelli
Franco Morbidelli

Tahun 2020 adalah musim sangat cemerlang buat pasukan ini dengan kejayaan yang diperoleh oleh Franco Morbidelli dengan meraih gelaran naib juara keseluruhan seterusnya menyumbang kepada gelaran juara keseluruhan pasukan satelit buat kali kedua berturut-turut. Dengan pengalaman manis itu, pasukan Petronas Yamaha SRT kini cukup bersemangat untuk meneruskan kecemerlangan mereka untuk musim serba baru ini.

Valentino Rossi akan menunggang jentera Yamaha YZR-M1 dengan spesifikasi-factory manakala Franco Morbidelli memacu jentera A-Spec Plus.

Dato' Razlan Razali, Prisipal Pasukan: “Kami amat berbangga mewakili Malaysia dan Petronas sebagai pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing yang bersaing dalam perlumbaan bertaraf dunia, MotoGP untuk tahun ketiga. Kami memandang ke hadapan dalam cabaran musim ini dan memberikan ingin memberi peluang kepada Franco dan Valentino dengan sebaik-baiknya.”

“Untuk Franco, ini adalah peluang terbaik buat dirinya mencapai sesuatu yang lebih baik berbanding musim lalu dan untuk Valentino pula, kami berharap pasukan baru ini akan memberinya peluang terbaik untuk memanfaatkan bakat dan kepakarannya.

Franco Morbidelli: “Ini merupakan musim ketiga buat saya bersama pasukan ini dan banyak perkara yang saya sukakan mengenai Petronas Yamaha SRT. Rekacorak jentera YZR-M1 kali ini hampir sama dengan corak dua tahun lepas tetapi ada juga bezanya. Ia sama tetapi tidak serupa – saya sukakannya. Apa yang berubah ialah rakan sepasukan, saya amat berharap tahun ini memberikan musim terbaik buat kami berdua.”

Franco Morbidelli
Franco Morbidelli

“Saya dan Valentino cukup rapat dan akan saling belajar untuk lebih maju. Sasaran peribadi saya ialah untuk mendapatkan keputusan lebih baik pada tahun ini berbanding 2020 walaupun saya tahu ia agak sukar.”

Valentino Rossi: “Saya amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada pasukan Petronas Yamaha SRT dan ia merupakan satu cabaran baru. Saya gembira dan sukakan rekacorak yang dilakukan pada motosikal, sut perlumbaan, topi keledar dan lain-lain. Saya menyasarkan agar lebih kompetitif untuk mendapatkan posisi lebih baik dalam Kejuaraan Dunia ini di penghujung musim.”

Valentino Rossi
Valentino Rossi

“Saya amat fokus mengenai sasaran ini. Saya rasa kerjasama dengan Franco amat menarik kerana kami mengenali antara satu sama lain. Saya akan memberikan keputusan terbaik buat seluruh pasukan dan kini sudah bersedia untuk bermula!” RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.