RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 7 Mac 2021

Yuzy Racing Raikan Ketibaan Musim 2021 Dengan Wajah Baru

Menjelang musim 2021 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS, pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing bakal tampilkan wajah dengan rekacorak motosikal serba baru selepas tiga tahun menggunakan warna putih dan perak. Wajah baru itu menampilkan warna hitam dan merah sebagai identiti utama pasukan.

Pada masa yang sama, pemilik pasukan tersebut iaitu Shahrol Yuzy turut mengumumkan strategi pasukan untuk musim 2021.

Pasukan Yuzy Racing akan kekal menggabungkan bakat  Azroy Hakeem Anuar, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy dan Mohd Amier Rossi Amidi dalam kategori perdana CP150.

“Saya berharap dengan semangat dan wajah baru ini akan menyuntik tenaga baru ke dalam pasukan kami serta meningkatkan lagi usaha kami untuk tahun ini. Azroy telah menduduki tempat kedua keseluruhan dalam CP150 selama dua tahun berturut-turut. Pada tahun 2021, kami berharap dapat mengakhiri kemarau tersebut, ”kata Shahrol Yuzy.

Selain itu, beliau juga turut membuat pengumuman bahawa pasukan Yuzy Racing tidak akan menyertai saingan CP125 pada musim 2021.

"Amirul Ariff yang telah berlumba bersama pasukan kami selama 10 tahun, beliau telah membuat keputusan untuk bersara dari dunia perlumbaan. Oleh itu, pasukan kami tidak akan mengambil bahagian dalam CP125 tahun ini. Namun, Amirul masih akan memainkan peranan dalam pasukan kami, sebagai mentor untuk pelumba muda,” tambah Shahrol Yuzy.

Shahrol Yuzy juga memberitahu bahawa beliau akan menggunakan barisan sama untuk pasukan juniornya dalam saingan Wira KBS – Castrol Power1 Racing Team. Mohd Harith Haziq Zamri dan Allan Harris Herman akan berganding bahu sekali lagi dalam usaha merebut gelaran Wira. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.