RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 April 2021

Kejuaraan Cub Prix Pusingan Kedua Akan Berlangsung Tanpa Penonton

Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS pusingan kedua pada 3hb dan 4hb April 2021 ini akan berlangsung tanpa kehadiran penonton yang masih tidak dibenarkan.

“Sememangnya kami amat merindui suasana meriah dengan kehadiran para penonton seperti dulu. Kejuaraan Cub Prix akan ditangguhkan selama dua bulan selepas pusingan kedua berlangsung untuk menghormati bulan Ramadhan serta Syawal akan datang. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk mematuhi SOP tanpa penonton buat sementara waktu,” kata Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

Pusingan kedua akan dimulakan dengan Mohd Muzakkir Mohamed dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team pendahulu takhta CP150. Bagi kategori CP125, Mohd Syafiq Rosli sebagai juara bertahan dan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor masih dominan selepas meraih kemenangan pada perlumbaan pembuka tirai tempoh lalu.

Untuk kategori Wira KBS, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha 31 Racing cukup dominan apabila ketiga-tiga pelumba pasukan, Mohd Syamil Amsyar Iffende, Danial Johan serta Mohd Aqil Danial Nasrul berjaya meraih tempat 1-2-3 dalam perlumbaan akhir Wira pusingan satu.

Pusingan kedua di Litar Sepang Utara akan bermula dengan sesi latihan dan kelayakan pada hari Sabtu manakala perlumbaan akhir akan bermula dari jam 12 tengah hari pada hari Ahad, 4hb April, 2021. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.