RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 5 April 2021

Danial & Hakim harumkan nama Malaysia di saingan Asia Talent Cup

Tahniah diucapkan buat dua pelumba muda negara iaitu Danial Syahmi dan Hakim Danish yang menamatkan perlumbaan Asia Talent Cup pusingan kedua yang berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Qatar masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Danial pamerkan tunggangan yang cukup bertenaga.
Danial pamerkan tunggangan yang cukup bertenaga.

Saingan ini sekali lagi mempertontonkan perebutan cukup sengit di antara Danial dan pelumba Jepun, Taiyo Furusato yang sebelum ini telah menang tiga kali berturut-turut. Danial dan Taiyo bermula dengan sempurna untuk meninggalkan para pelumba lain dan saling cabar-mencabar dengan jarak hanya 0.041s.

Pertarungan sengit pelumba dari Malaysia & Jepun berlangsung hingga ke saat akhir.
Pertarungan sengit pelumba dari Malaysia & Jepun berlangsung hingga ke saat akhir.
Hakim '13' berjaya memintas para pelumba lain untuk menang di tempat ketiga.
Hakim '13' berjaya memintas para pelumba lain untuk menang di tempat ketiga.

Setiap serangan dari Danial berjaya ditepis oleh pelumba Jepun itu dengan begitu baik. Danial berjaya memintas tetapi sayangnya dia melebar dan kesilapan itu membolehkan Taiyo memintas dari dalam untuk terus ke hadapan. Walaupun sudah diacah dan diberi tentangan padu, Taiyo berjaya mengekalkan posisi sehingga menerima kibaran bendera penamat sebagai juara untuk kali yang keempat.

Kelompok di belakang lebih sengit! Beberapa pelumba yang kurang menyerlah di pusingan sebelum ini cuba memberi saingan dan terdapat beberapa pelumba menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan. Antaranya ialah Marianos Nikolis, Tom Drane, Masaya Hongo dan Tetsuya Fujita yang cuba mencabar pelumba lebih berpengalaman seperti Carter Thompson, Kanta Hamada dan Gun Mie.

Danial Syahmi 'kiri' dah Hakim Danish
Danial Syahmi 'kiri' dah Hakim Danish

Perebutan ini berlangsung hingga ke lap terakhir. Hakim berjaya meloloskan diri untuk menewaskan Carter Thompson untuk meraih tangga podium di tempat ketiga dengan catatan masa 31'23.814s. Seorang lagi pelumba negara, Sharul Ezwan mengakhiri pusingan kali ini di tempat ke-11. Tahniah diucapkan buat Danial dan Hakim atas kejayaan podium dan buat Sharul, jangan patah semangat! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.