RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Julai 2021

FIM MiniGP Malaysia Series Tempat Cungkil Bakat Baru Dalam Sukan Permotoran

Kejohanan FIM MiniGP Malaysia Series bakal membuka tirai 2021 dan buat julung kalinya akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Perlumbaan ini akan memberi peluang buat 15 pelumba muda dalam pembangunan akar umbi sukan permotoran dua roda.

FIM MiniGP Malaysia Series merupakan program milik Federation Internationale de Motorcyclisme (FIM) yang merupakan badan pengelola sukan dua roda seluruh dunia. FIM telah memberi mandat kepada Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) selaku badan induk sukan permotoran di Malaysia untuk menganjurkan dan mengawal selia kejohanan berprestij ini sebagai permulaan ke peringkat lebih tinggi.

Pihak MAM, SIC dan ZK Racing akan bekerjasama untuk memastikan objektif program dalam mencari pelapis dan mengasah bakat baru  berjalan dengan lancar dan seterusnya melahirkan lebih ramai pelumba-pelumba muda bertaraf dunia. Ia selaras dengan agenda pembangunan negara dan objektif perlaksanaan program-program sukan permotoran bersama pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Kejohanan ini akan dikendalikan oleh ZK Racing dan ditaja oleh pihak SIC dimana pusingan pertama FIM MiniGP Malaysia Series akan dijadualkan pada pertengahan bulan Ogos dengan empat pusingan dan lapan perlumbaan. Namun ianya bergantung dengan kelulusan dari pihak KBS, penguatkuasa dan situasi semasa penularan COVID-19 yang kini melanda Negara.

Pengajuaran FIM MiniGP Wolrd Series telah diumumkan oleh FIM, Dorna Sports dan Ohvale semasa perlumbaan MotoGP di Barcelona pada 5hb Jun 2021 yang lalu dan telah mengesahkan penyertaan dari 12 negara termasuk Malaysia.

Para pelumba FIM MiniGP Malaysia Series yang berumur 11 hinggan 14 tahun akan bersaing dalam kategori 160cc dengan mengikut garis panduan dan format yang telah ditetapkan oleh FIM.  Manakala SIC Ohvale Junior Championship (dulu dikenali SIC MiniGP Championship) sebagai perlumbaan sokongan untuk kategori 110cc yang disertai oleh pelumba-pelumba berumur 8 hingga 10 tahun. Sesi pemilihan telah dilakukan pada 29hb - 30hc Mac 2021 yang lepas dimana setiap peserta perlu melalui pelbagai ujian seperti pengendalian jentera, ketahanan mental & fizikal serta telah dinilai dari segi teknik, fokus dan kemahiran. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.