RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 11 September 2021

Pengumuman Tarikh Perlumbaan PETRONAS Cub Prix Malaysia untuk pusingan 3, 4, 5 & 6

Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia musim 2021 bakal bersambung semula selepas ianya ditangguhkan beberapa bulan akibat penularan Covid-19 yang mula meningkat pada awal tahun. Tarikh-tarikh perlumbaan untuk empat pusingan adalah seperti berikut:

  • Pusingan 3: Litar Sepang Utara - 18hb September 2021
  • Pusingan 4: Litar Sepang Utara - 19hb September 2021
  • Pusingan 5: Litar Permotoran Terengganu - 2hb Oktober 2021
  • Pusingan 6: Litar Permotoran Terengganu  3hb Oktober, 2021

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat KBS, MKN, KKM dan MAM yang banyak membantu dalam usaha kami untuk melengkapkan 10 pusingan Kejuaraan Cub Prix musim ini seperti yang dirancang,” kata Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para penaja, terutama penaja utama PETRONAS atas sokongan mereka selama ini,” tambah beliau.

Buat masa ini, kehadiran para penonton masih lagi belum dibenarkan. Namun, segala prosedur Operasi Standard (SOP) penganjuran akan lebih ketat berbanding dengan SOP pada musim lalu. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.