RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 September 2021

Sesi Ujian Rasmi MotoGP Misano: Setiap Pasukan Tunjuk 'Benda' Baru!

Selepas selesainya GP San Marino, para pelumba dan pasukan kembali ke Litar Misano untuk menyempurnakan sesi ujian rasmi yang ketiga dan terakhir bagi musim 2021. Sesi ujian rasmi ini diadakan selama dua hari (22-23 September 2021) dan telah memberikan keputusan dan hasil yang menggembirakan bagi setiap pasukan.

Cuaca yang cerah dan cukup baik turut membantu para pelumba menguji pelbagai pembaharuan dan talaan yang dilakukan pada jentera masing-masing dengan sebaik-baiknya.

Pol Espargaro.
Pol Espargaro.

Pasukan Honda paling banyak membuat ujikaji! Ketiga-tiga pelumba mereka (Marc Marquez, Pol Espargaro dan Stefan Bradl) dilihat turun ke litar dengan RC213V serba baru. Stefan muncul pada sesi awal pagi diikuti Marc yang juga dilihat menunggang jentera baru pada sesi berikutnya. Perubahan paling ketara ialah pada bahagian rekabentuk ruang kemasukan udara, unit ekor belakang dan posisi sistem ekzos.

Selepas Marc dan Stefan, Pol Espargaro pula mengambil peluang menguji jentera tersebut. Ketika itu, Marc muncul dengan sebuah lagi RC213V yang baru (rekabentuk ruang udara berbeza) dan kemudiannya beraksi lagi dengan satu lagi jentera baru tetapi dengan pakej aero model 2021.

Alex Marquez.
Alex Marquez.

Bagi pasukan LCR Honda, Alex Marquez sedang menguji tahap pengagihan berat jenteranya dan membuat penilaian terhadap casis biasa dan casis baru dengan karbon.

Kedua-dua jaguh Suzuki Ecstar iaitu Joan Mir dan Alex Rins cukup berpuas hati dengan casis baru yang kini disepadukan dengan bahan karbon. Joan Mir juga dilihat menguji jentera yang dilengkapkan dengan fairing sisi baru dan mencuba enjin yang akan digunakan pada musim 2022 nanti. Rins katakan enjin baru ini lebih padu dan lebih mantap!

Joan Mir mencuba keberkesanan fairing baru.
Joan Mir mencuba keberkesanan fairing baru.
Alex Rins.
Alex Rins.

Pasukan Yamaha mempunyai casis baru untuk diuji oleh para pelumba mereka tetapi Pengurus Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, Massimo Meregalli menyatakan bahawa sesi ujian di Misano kali ini tidak begitu tertumpu pada jentera 2022. Fabio Quartararo sempat menguji jentera prototaip 2022 tetapi kemudiannya terus fokus mencari penambahbaikan untuk persaingan seterusnya pada bulan Oktober ini.

Fabio Quartararo.
Fabio Quartararo.
Valentino Rossi.
Valentino Rossi.

Valentino Rossi mengambil peluang untuk mendapatkan talaan elektronik yang terbaik khususnya tentang isu sistem traction. Rakan barunya, Andrea Dovizioso terus mencari keserasian dengan jentera Yamaha dan merasakan perbezaaan penggunaan lengan ayun karbon. Dovi menyempurnakan sebanyak 130 lap sepanjang dua hari sesi ujian dijalankan.

Aleix Espargaro catat masa paling pantas!
Aleix Espargaro catat masa paling pantas!

Aleix Espargaro berjaya menjadi pelumba terpantas pada sesi ujian hari terakhir dengan 0.080s lebih cepat berbanding pelumba Ducati, Francesco Bagnaia (Pecco). Aleix menguji beberapa konfigurasi aerodinamik dan beberapa bahagian baru untuk jentera 2022. Ini termasuklah rekaan evolusi baru fairing hadapan dan menurut Aleix, pasukannya menunjukkan peningkatan yang sangat meyakinkan.

Pecco semakin bersemangat untuk mencabar Fabio Quartararo.
Pecco semakin bersemangat untuk mencabar Fabio Quartararo.

Pecco dan Jack Miller memperagakan jentera mereka dengan dua pakej aero yang baru. Pakej pertama nampak sama seperti yang digunakan untuk musim ini tetapi pakej kedua memang berbeza. Winglet baru ini dipisahkan kepada dua elemen berbeza. Ini membolehkan kedua-dua pelumba Ducati ini memperbaiki catatan masa. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.