RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Ogos 2021

Yamaha Terus Unggul Dengan Kemenangan 1-2 Di Assen

Litar Assen, Netherlands merupakan ‘laman pertempuran’ terakhir para pelumba berehat (musim panas) sebelum menyambung perlumbaan untuk separuh musim kedua tahun 2021 ini.

Litar yang penuh sejarah ini telah memberikan keputusan cemerlang buat pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP selepas pelumba mereka iaitu Fabio Quartararo dan Maverick Vinales meraih kemenangan 1-2 dalam satu persaingan yang cukup mengujakan.

Fabio Quartararo memiliki peluang cerah untuk menjadi Raja MotoGP 2021.
Fabio Quartararo memiliki peluang cerah untuk menjadi Raja MotoGP 2021.

Selepas menang di perlumbaan pembuka tirai di Qatar, prestasi Maverick tidak menentu, malah pernah ke tahap paling memalukan apabila tamat di tempat terakhir pada perlumbaan pusingan kelapan yang berlangsung di German. Sejak dari itu Vinales yang telah lama mencari kemenangan dalam beberapa pusingan sebelum ini berusaha sepenuh tenaga untuk mendapatkan petak pertama. Pelumba dari Sepanyol itu juga menyasarkan untuk mencatatkan kemenangan keduanya berturut-turut di litar ini seperti yang dilakukannya pada tahun 2019 lalu. Info: satu-satunya pelumba yang pernah lakukan juara berganda di litar ini ialah Valentino Rossi pada tahun 2004-2005.

Sebaik sahaja lampu merah dipadamkan, Quartararo melakukan holeshot dari petak kedua dan terus 'memancung' Maverick untuk memimpin perlumbaan. Namun begitu, posisinya itu hanya untuk sementara kerana dia kemudiannya dipintas oleh Francesco Bagnaia (Pecco).

Maverick Vinales -12- akhirnya membuat keputusan tinggalkan pasukan Yamaha.
Maverick Vinales -12- akhirnya membuat keputusan tinggalkan pasukan Yamaha.
Rossi terus bermain teka teki tentang hala tujunya dalam sukan MotoGP.
Rossi terus bermain teka teki tentang hala tujunya dalam sukan MotoGP.

Turut mempamerkan tunggangan bertenaga pada hari itu ialah pelumba pasukan LCR Honda Idemitsu, Takaaki Nakagami dan juara bertahan, Joan Mir dari pasukan Suzuki Ecstar. Takaaki berjaya mengekori rapat Fabio dan Pecco hampir di separuh persaingan manakala Joan yang bermula di belakang telah pantas memintas beberapa orang pelumba untuk bersama kelompok depan.

Dari posisi pole, Maverick tercicir sedikit di belakang. Ketika cuba untuk mengejar dan mendapatkan rentak terbaik, dia dicabar pula oleh Johann Zarco yang sememangnya terkenal dengan tunggangan agresif. Namun begitu, kestabilan jentera Yamaha di dalam selekoh memberi peluang untuk Maverick menjarakkan diri.

Joan Mir -36- perlu mantapkan lagi tunggangannya jika mahu menyaingi para pencabar yang semakin laju.
Joan Mir -36- perlu mantapkan lagi tunggangannya jika mahu menyaingi para pencabar yang semakin laju.
Dua jaguh pasukan Repsol Honda, Marc Marquez -93- dan Pol Espargaro.
Dua jaguh pasukan Repsol Honda, Marc Marquez -93- dan Pol Espargaro.

Di depan, Fabio dan Pecco saling bertukar kedudukan. Jentera Yamaha mempunyai kelebihan khususnya di sekeloh tetapi apabila tiba di laluan lurus, jentera Ducati ternyata memiliki tahap pecutan sangat pantas dan sukar dipotong oleh mana-mana pelumba sekali pun.

Fabio akhirnya membuat serangan di beberapa selekoh sebelum laluan lurus agar sukar untuk Pecco membuat serangan balas. Dia berjaya! Sedikit demi sedikit, jarak di antara kedua pelumba itu makin jauh dan memberi keyakinan buat Fabio untuk mencari kemenangan.

Alex Rins bersemangat untuk meraih kedudukan lebih baik.
Alex Rins bersemangat untuk meraih kedudukan lebih baik.
Pelumba WSBK,Garret Gerloff menikmati peluang jentera MotoGP.
Pelumba WSBK,Garret Gerloff menikmati peluang jentera MotoGP.

Pecco telah dikenakan penalti atas kesalahannya melangkaui batas litar, dia perlu menjalani laluan besar yang telah merugikan masanya. Sedang dia mengejar podium pertama, Takaaki melakukan kesilapan yang menyebabkan dia dipintas beberapa orang pelumba. Pelumba Jepun itu akhirnya tamat di tempat kesembilan.

Maverick yang akhirnya berjaya berada di posisi kedua cuba mengejar Fabio tetapi sudah terlambat. Fabio menikmati kemenangan keempatnya dengan penuh bergaya dan menambah lagi 25 mata untuk berada di tangga pertama dengan 156 mata. Kekosongan tempat kedua diisi oleh Maverick diikuti Joan Mir di tempat ketiga dan Johann Zarco keempat.

Selang beberapa hari selepas itu, Maverick membuat kejutan apabila menyatakan dia akan meninggalkan pasukannya di penghujung musim. Walaupun tidak dinyata secara rasmi ke pasukan mana dia akan wakili pada musim hadapan, ramai yang meneka bahawa Maverick akan memilih pasukan Aprilia. Penamatan perjanjian satu tahun lebih awal ini berdasarkan permintaan Maverick dengan persetujuan pihak Yamaha untuk mengakhiri kontrak selama dua tahun.

Aksi Hafizh Syahrin -55- diberi tekanan hebat oleh Augusto Fernandez.
Aksi Hafizh Syahrin -55- diberi tekanan hebat oleh Augusto Fernandez.

Moto2

Raul Fernandez dari pasukan KTM semakin menghampiri pelumba teratas carta keseluruhan yang juga rakan sepasukannya, Remy Gardner selepas mempamerkan tunggangan mantap untuk memenangi saingan di Assen dengan cukup bergaya. Raul menggunakan segala kepakarannya untuk menyekat kemaraan Gardner yang ternyata turut memiliki rentak yang mengagumkan. Tempat ketiga dimenangi oleh Augusto Fernandes dengan perbezaan masa hanya 1.2 saat.

Dengan kemenangan ini, Raul mengumpul sebanyak 153 mata, hanya 31 mata di belakang Remy Gardner manakala Augusto kini berada di tangga kelapan dengan 50 mata.

Keputusan pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah kurang memihak kepadanya selepas mengalami masalah teknikal yang memaksanya tamat di tempat ke-23. Dia kini berada di tangga ke-24 dengan lapan mata.

Para pemenang Moto3. Dari kiri: Sergio Garcia, Dennis Foggia dan Romano Fenati.
Para pemenang Moto3. Dari kiri: Sergio Garcia, Dennis Foggia dan Romano Fenati.

Moto3

Pelumba Itali, Dennis Foggia meraih kemenangan buat kali kedua musim ini dengan penuh bergaya. Mendahului para pelumba lain sejak di awal saingan telah memberinya kelebihan untuk memungut 25 mata lagi dalam usahanya mencabar kejuaraan 2021. Sergio Garcia dari pasukan Gaviota GASGAS Aspar merupakan pelumba kedua melintasi garisan penamat diikuti Romano Fenati dan Pedro Acosta masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Perlumbaan seterusnya (10 & 11) akan disambung di Litar Redbull, Austria pada 8 Ogos dan 15 Ogos 2021. RR

Kedudukan Keseluruhan Sehingga Pusingan 9

  1. Pedro Acosta 158 mata
  2. Sergio Garcia 110 mata
  3. Dennis Foggia 86 mata
  4. Romano Fenati 80 mata
  5. Jaume Masia 72 mata
Isu Pada

Ogos 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.