RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 6 Disember 2021

Hafizh Syahrin Unggul di HI-REV IRC BRAAAP Track Attack 2021

Bekas pelumba negara Moto2, Hafizh Syahrin Abdullah ternyata terus tiada tandingan apabila merakamkan kemenangan di dalam perlumbaan kategori MP150 Elite di HI-REV IRC BRAAAP Track Attack 2021 yang diadakan di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang.

Bersaing dengan nama-nama besar pelumba kejuaraan Cub Prix, Hafizh yang menunggang jentera Yamaha Y15ZR dari pasukan JR Performance mempamerkan aksi perlumbaan yang cukup matang dan mantap walaupun perlu bersaing dengan rakan sepasukannya Izzat Zaidi yang bermula di petak pertama. Hafizh kemudian memimpin perlumbaan sepanjang 15 pusingan selepas memintas Izzat di selekoh pertama pada awal perlumbaan.

Walaupun dicabar rapat oleh Izzat (0.5 saat di belakang Hafizh), bekas pelumba MotoGP negara dan pemenang perlumbaan Supermotard 450cc semalam, Izzat ternyata tidak berpeluang memintas kedudukan beliau. Hafizh sentiasa menutup ruang ketika memasuki selekoh dan memecut dengan pantas untuk meninggalkan Izzat di laluan lurus.

Hafizh yang akan sertai kejuaraan WSBK untuk musim 2022 menamatkan saingannya di tempat pertama dengan catatan masa 13'52.345s manakala tempat kedua Izzat Zaidi 0.430s di belakang rakan pasukannya. Syafiq Rasol menduduki tempat ketiga namun ketinggalan agak jauh, lebih 24 saat di belakang pelumba-pelumba pasukan JR Performance.

Selepas menamatkan perlumbaa, Hafizh mempamerkan aksi-aksi wheelie di samping melayan permintaan para marsyal perlumbaan dan peminat-peminat yang hadir.

“Saya sangat teruja dapat mengimbas semula kenangan menunggang moped sejak 11 tahun yang lepas. Memang sangat rindu dapat mengingati zaman-zaman berlumba menggunakan jentera moped. Saya sangat seronok setiap sesi pada hari ini dan cuba memahami litar Go-Kart ini di mana ia merupakan kali pertama saya berlumba menggunakan motosikal moped di sini”, kata Hafizh Syahrin. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.