RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 16 Mac 2022

Afif Juara Sulung CP150 2022

Tahniah buat pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Afif Amran yang berjaya memenangi perlumbaan pembuka tirai musim baru 2022 yang berlangsung di Litar Antarangbangsa Sepang pada 13 Mac lalu. Lebih bermakna kemenangannya ini bagaikan 'hadiah' buatnya yang baru sahaja bergelar ayah.

Afif '50' dicabar oleh Nazirul Izzat dalam perebutan tempat pertama.
Afif '50' dicabar oleh Nazirul Izzat dalam perebutan tempat pertama.

Afif yang cemerlang di sesi kelayakan bermula dari petak pertama. Dengan tunggangan yang sempurna, Afif berjaya mengekang kemaraan para pelumba lain yang turut menampilkan gaya dan persembahan cukup mantap. Mohd Izzat Zaidi Salehan yang baru saja menyarung 'jersi' pasukan sama mengambil peluang untuk mengekori seniornya dari belakang.

Para pemenang CP150. Dari kiri: Md Izzat Zaidi, Ahmad Afif Amran dan Md Haziq Md Fairues.
Para pemenang CP150. Dari kiri: Md Izzat Zaidi, Ahmad Afif Amran dan Md Haziq Md Fairues.
Helmi Azman dengan gaya yang cukup mantap!
Helmi Azman dengan gaya yang cukup mantap!

Kumpulan hadapan dibarisi oleh para pelumba yang cukup garang seperti Afif, Md Haziq, Nazirul, Izzat, Kasma dan Khairul. Jarak di antara mereka ini sangat dekat dan dengan keluasan litar SIC, sesiapa sahaja berpeluang meraih kemenangan. Juara tahun lalu, Azroy Hakeem dari pasukan Honda Yuzy yang cuba untuk mempertahakan takhtanya kurang bernasib baik selepas terbabas di pertengahan saingan.

Muhaimin Roslan 'along' tamat di tempat ke-14.
Muhaimin Roslan 'along' tamat di tempat ke-14.
Nasib kurang menyebelahi Azroy pada perlumbaan sulung musim ini.
Nasib kurang menyebelahi Azroy pada perlumbaan sulung musim ini.
Khairul Idham Pawi perlu sedikit masa untuk mencari keserasian.
Khairul Idham Pawi perlu sedikit masa untuk mencari keserasian.

Selepas bertarung bermati-matian dalam 11 lap, Afif akhirnya berjaya melintasi garisan penamat di tempat pertama dengan catatan masa 14’32.412s diikuti Izzat dan Mohd Haziq di tempat ketiga. Tempat keempat dan kelima menjadi milik Nazirul dan Khairul yang ketinggalan hanya 0.4 saat sahaja. Memang sengit!

“Ini adalah permulaan yang amat baik untuk pasukan saya. Saya amat berterima kasih kepada kru pasukan yang telah bekerja keras sejak akhir tahun lalu demi menghasilkan jentera yang baik khususnya untuk saingan di pusingan pertama,” kata Afif.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.