RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 30 Jun 2022

Harapan Marc Marquez Masih Tinggi

“Saya telah menerima banyak mesej-mesej positif dan kata-kata semangat daripada para peminat di seluruh dunia. Saya amat menghargai setiap satu darinya lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini. Ingin saya kongsikan bahawa, saya sekarang sedang cuba untuk pulih sepenuhnya,” Marc Marquez.

Marquez mungkin perlu menjalani pembedahan lagi, dan ini masih berterusan sejak September tahun lalu. Pihak hospital akan memeriksa lengannya secara berkala dan ini adalah untuk melihat evolusi serta perkembangan tulang yang patah itu selepas pembedahan ketiga.

“Ketika ujian pramusim tempoh hari, saya ingin meyakinkan diri bahawa saya boleh melakukannya. Frasa 'Power is in the mind!' adalah moto saya. Sayangnya, apabila musim bermula, saya menyedari bahawa keupayaan amat terhad dan ia adalah kerana tulang masih tidak seratus peratus dapat disatukan. Saya menyembunyikan rasa tidak selesa itu dan berusaha untuk tidak menerima sebarang soalan harian. Ini adalah suatu perkara yang hanya diketahui oleh kenalan-kenalan yang rapat sahaja.”

Saat yang menentukan keupayaan Marquez hadir sekitar GP Perancis. Segala-galanya telah disediakan untuk 3D CT Scan. Pihak pengurusan pasukan membuat keputusan untuk melakukan pembedahan.

“Pembedahan di Amerika Syarikat amat mengejutkan. Cara mereka merancang tempoh pra-pembedahan dan pasca-pembedahan sangat berbeza dengan Sepanyol. Tempoh selepas pembedahan juga cepat, saya segera dibenarkan keluar dari hospital. Saya kemudiannya diberi kebenaran untuk ambil penerbangan pulang. Persediaan telah dirancang awal dan sangat teliti untuk lebih menyenangkan.

“Sebelum pembedahan, saya cukup bersemangat tetapi beberapa jam selepas itu saya berasa lebih teruk disebabkan kesan anestesia dan kesakitan. Saya mengalami masa yang teruk selama dua atau tiga hari, tetapi kerana ini bukan kali pertama lengan saya dibedah dan saya sudah tahu bagaimana rasanya. Saya sedar bahawa sakit itu normal dan ia akan reda kemudian secara perlahan-lahan.”

“Saya sedang melakukan senaman mobiliti pasif ringan. Oleh kerana keadaan semakin baik, motivasi lebih tinggi dan teruja untuk memulakan pemulihan sebaik sahaja doktor memberitahu keadaan tangan saya. Walaupun mempunyai banyak masa terluang, saya merancang setiap hari dengan baik.”

“Saya bangun awal dan berjalan selama satu setengah jam. Kemudian saya cuba menyibukkan diri dengan panggilan dengan pasukan, keluarga saya atau hal-hal sekitar rumah. Pada sebelah petang saya mula berlatih dengan lembut pada bahagian bawah badan saya dan sedikit pada lengan kiri saya.”

Marquez tidak bersendirian dalam usahanya menuju pemulihan ini. Dia menerima nasihat dan sokongan daripada pelumba seperti Àlex Crivillé - yang melalui sesuatu pengalaman yang sama, Alberto Puig (Pengurus Pasukan Pasukan Repsol Honda) termasuklah Mick Doohan yang juga mengalami beberapa kecederaan serius.

“Saya juga merujuk kepada Rafa Nadal. Dia telah berjaya mengatasi sesuatu perkara yang hebat. Ketika orang sudah hilang hadapan, dia telah mengatasi kesakitan dan menang sekali lagi. Saya bersamanya di Madrid Masters 1000. Saya tahu semua yang dia alami dan itulah sebabnya dia menjadi tempat rujukan saya. Walaupun dia tidak berada pada tahap terbaik, dia mampu memenangi kejohanan seperti Roland Garros,” kata Marc Marquez.

Kita berharap Juara Dunia lapan kali itu segera sembuh untuk kembali membawa pasukan Honda ke posisi yang lebih baik. Agak menyedihkan apabila melihat prestasi para pelumba Honda terutama sekali ketika saingan di Litar Sachsenring tempohari. Keempat-empat pelumba Honda gagal memungut sebarang mata dan ini adalah rekod pertama sedemikian sejak 40 tahun dulu. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.