RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 November 2022

Dorna, Pengelola MotoGP, WSBK dilaporkan Menjalankan Operasi ‘Kabel Besar’

Dorna, pengelola kejohanan-kejohonan perlumbaan terbesar di dunia seperti MotoGP, WSBK dan sebagainya dilaporkan menjalankan operasi mereka dengan cara “nepotisme” atau dengan nama kiasannya ‘kabel besar.’

Ini kerana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta meletakkan anak kandung serta anak buahnya di dalam beberapa jawatan yang penting di dalam organisasi tersebut.

Anaknya lelakinya Carlos sedang menyandang posisi Race Direction (Pengarah Perlumbaan) di dalam MotoGP, manakala anak perempuannya Ana merupakan pengarah bagi program pencarian bakat untuk Dorna, seperti kejohanan-kejohanan Road to MotoGP di seluruh dunia.

Selain daripada mereka, anak buah Ezpeleta, Tomè Alfonso pula merupakan seorang Pegawai Keselamatan di dalam MotoGP, manakala pasangan Tomè pula merupakan ahli tetap di dalam Penal Penyelia untuk FIM di dalam (FIM MotoGP Stewards’ Panel). Dia antara pegawai yang mengesahkan tingkahlaku para penunggang dan memberikan hukuman kepada pesalah.

Perbuatan ini didedahkan oleh wartawan MotoGP yang terkenal, Mat Oxley, di dalam laman blognya. Dia juga berkata perkataan ‘nepotim’ berasal daripada Bahasa Latin ‘nipote.’ ‘Nipote’ bermaksud ‘nephew (anak buah)’ di dalam Bahasa Itali dahulu kala kerana terdapat Paus yang memberikan anak buah mereka pangkat tinggi kerana ‘anak buah’ pada ketika itu juga bermaksud anak luar nikah kepada Paus tersebut.

Walaupun kita masih menyukai MotoGP, membuat perniagaan secara ‘kabel besar’ bukan cara terbaiknya. Ini kerana saudara-mara Ezpeleta bukan sahaja bertanggungjawab ke atas segi mempromosikan sukan itu sebagai sebuah perniagaan, tetapi mereka juga berkuasa ke atas keselamatan para penunggang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.