RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 Disember 2022

Triumph Uji Bahan Bakar Mampan Untuk Masa Depan Motosikal Lebih Bersih

Sebagai sebahagian daripada komitmen serta usaha Triumph untuk masa depan motosikal yang lebih baik, program ujian baru yang khusus untuk bahan api mampan telah diwujudkan di bahagian R&D jenama ini yang beroperasi di Hinckley, UK.

Menerusi kerjasama dengan pihak Dorna, projek ini adalah untuk peralihan kepada penggunaan bahan api E40 di Kejuaraan Dunia Moto2 menjelang 2024, dan kemudian peralihan kepada E100 pada tahun 2027.

Ujian bahan api mampan ini merangkumi semua aspek dan dimensi pembangunan enjin perlumbaan memandangkan Triumph adalah pembekal tunggal untuk perlumbaan Moto2. Menerusi usaha ini, ia akan memastikan standard bahan api baru yang lebih berdaya saing, hantaran kuasa tiga kali ganda lebih padu, kuasa tork seterusnya prestasi keseluruhan yang cemerlang.

'Projek' merupakan usaha berterusan untuk mengurangkan karbon dan emisi lain yang lebih baik dan melangkaui piawaian semasa di Eropah dan seluruh dunia. Pada masa yang sama, pembangunan bahan api mampan adalah untuk memastikan motosikal akan terus dinikmat oleh pelumba dan peminat dengan rasa tanggungjawab untuk beberapa tahun akan datang.

Ketua Pegawai Produk, Steve Sargent: “Matlamat kami adalah untuk mengambil semua info serta ilmu yang kami peroleh daripada perlumbaan bagi menjadikan jentera Triumph lebih baik. Ini sudah tentu merangkumi bukan sahaja dari segi prestasi tetapi juga impaknya terhadap alam sekitar. Saya boleh memberitahu anda bahawa semua orang di Triumph sangat teruja untuk terlibat dalam perkembangan yang sangat penting dalam sejarah jentera dua roda."

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.