RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 14 Februari 2023

Kawasaki Racing Team WorldSBK Pertonton Warna & Livery Baru

Permulaan Kejuaraan Dunia WorldSBK 2023 semakin hampir dan setiap pasukan mula mempamerkan livery mereka untuk kempen yang akan datang. Terbaru, ialah Kawasaki Racing Team WorldSBK yang dibarisi oleh naib juara 2022, Jonathan Rea dan Alex Lowes.

Melihat dengan rekacoraknya, livery kali ini memang jauh berbeza berbanding 2022. Kini lebih banyak ciri-ciri 'Kawasaki Green' pada bahagian fairing yang menjadikan jentera itu lebih menonjol. Nombor penunggang diletakkan di sisi dan terdapat juga gabungan warna hitam dan jalur merah nipis yang kelihatan cukup canggih.

Jonathan Rea.
Jonathan Rea.

Menjelang musim 2023, Juara enam kali Rea menyatakan: “Saya sangat teruja dengan musim baharu ini. Saya juga teruja untuk pergi ke litar Phillip Island dan memulakan tahun ini dengan cara yang kami. Saya merasakan bahawa saya telah membuat persediaan yang sangat baik dari segi prestasi, dan semasa ujian 'Winter Test' kami telah bertambah baik. Ini sangat memberi motivasi yang tinggi.

Kami telah membuat kemajuan dan bekerja keras untuk cuba memperbaiki keputusan kami dari musim lalu. Semoga kami dapat mencabar kemenangan perlumbaan dan berjuang untuk gelaran dunia.”

Alex Lowes.
Alex Lowes.

Rakan sepasukan Lowes yang ingin kembali ke tangga teratas pada 2023, menambah: “Saya suka sangat suka reka bentuk dan wajah jentera 2023. Tahun lepas saya mempunyai kelajuan yang agak baik, keputusan di Superpole yang kuat dan saya boleh bertahan untuk berada tiga teratas.

Semasa perlumbaan berlangsung, tahap cengkaman menurun dan menyebabkan saya bergelut. Itu adalah masalah yang kami sedang fokuskan. Saya sangat menantikan tahun ini dan telah menjalani latihan dengan baik. Mungkin sudah beberapa tahun saya berada di perlumbaan WorldSBK, tetapi kali ini memang teruja seperti ia kali pertama saya rasakan pada tahun 2014. Kini saya tidak sabar untuk pergi ke Australia dan memulakan saingan.” RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.