RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 17 Februari 2023

Suzuki Sah Tarik Diri Daripada Kejuaraan Superbike British

Suzuki telah mengesahkan penarikan diri mereka daripada Kejuaraan Superbike British, menjelang musim 2023 ini. Selaras dengan strategi perlumbaan globalnya - yang menyaksikan penamatan projek MotoGPnya serta pengurangan sokongan pihak kilang dalam Kejuaraan Endurance Sedunia.

Berikutan dengan ketiadaan model GSX-R1000R dari pasaran Eropah, Suzuki dengan rasminya tidak lagi terlibat dalam siri superbike domestik terulung itu. Sepanjang enam musim lalu - dengan kerjasama Hawk Racing - Suzuki GSX-R1000R telah memenangi perlumbaan superbike dan superstock menerusi para pelumba hebat seperti Bradley Ray, Richard Cooper, Sylvain Guintoli, Kyle Ryde, Gino Rea, Tim Neave, Billy McConnell dan Charlie Nesbitt .

Pada 2019 lalu, Cooper juga mengendalikan jentera Suzukinya dengan penuh cemerlangan untuk menghadiahkan pasukan Hawk Racing ke gelaran Juara Kebangsaan Superstock 1000. Selain itu, terdapat juga kejayaan di beberapa perlumbaan lain. Cooper pernah menaiki podium di North West 200, manakala Michael Dunlop juga merentap jentera GSX-R untuk memenangi TT Senior 2017 ketikan penampilan pertama motosikal itu di perlumbaan Isle of Man TT yang berprestij.

Suzuki ingin mengucapkan terima kasih kepada pelumba dan peminat atas sokongan mereka selama ini, terutamanya Steve dan Stuart Hicken serta semua rakan-rakan di Hawk Racing atas kerja keras dan dedikasi sepanjang enam tahun yang lalu. Tanpa mereka segala keputusan dan bersejarah hebat tidak akan dapat dicapai.

Semua kakitangan di Suzuki mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan pada masa hadapan. Suzuki walau bagaiman pun, akan terus menyokong pelumba yang bersaing dengan jentera GSX-R di semua peringkat melalui Program Bahagian Lumba. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.