RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 25 Julai 2023

KTM Pelawa LCR tapi LCR tak Layan

Paddock MotoGP gempar sejak beberapa hari lepas setelah terbongkarnya khabar angin bahawa KTM telah mempelawa pasukan LCR Honda agar menjadi sebuah lagi pasukan satelit untuk jenama negara Austria itu.

KTM bersama Red Bull mulanya mencadangkan kepada penaung MotoGP, Dorna, agar diberikan satu lagi pasukan satelit di dalam kejohanan MotoGP. Pasukan ini dikatakan akan memberikan tempat kepada pemuda sensasi Pedro Acosta agar memasukki kelas MotoGP. Selain daripada dia, terdapat khabar angin juga bahawa Red Bull hendakkan Marc Marquez di dalam pasukan ini juga. Pasukan ini dicadangkan akan dikelola oleh Aki Ajo yang telah membawa ramai penunggang muda ke dalam dunia GP yang akhirnya menjadi pelumba-pelumba yang terkenal.

Namun permintaan mereka ditolak bulat-bulat oleh Pengarah Sukan Dorna, Carlos Ezpeleta.

Oleh itu, rancangan yang baharu ialah untuk mengambil alih sebuah pasukan satelit yang sedia ada. Tetapi kesemua pasukan satelit yang lain termasuk Pramac Ducati, Gresini Racing (Ducati), Mooney VR46 (Ducati), RNF (Aprilia), LCR Honda telah diikat dengan kontrak sehingga tahun depan.

Tetapi jentera Honda sedang menghadapi kesulitan yang amat besar dan Takaagi Nakagami merupakan pelumba mereka yang mengumpul markah paling banyak ketika ini. Dia berada di tempat ke-18 secara keseluruhannya. Pemenang GP Amerika, Alex Rins pula telah mengalami kecederaan pada pusingan Itali dan tidak mengambil bahagian di dalam dua pusingan yang lepas.

Hari ini, pengurus besar LCR, Lucio Cecchinello berkata dia akan meneruskan hubungannya bersama Honda pada tahun depan.

Bercakap dengan majalah GPOne, dia berkata, “10 hari lalu, saya mendapat panggilan daripada Francesco Guidotti (pengurus pasukan pengilang KTM). Dia berkata dengan cara baik bahawa mereka sedang mencari jalan untuk masa depan dan berminat untuk mengadakan satu lagi pasukan satelit di dalam MotoGP.”

“Dia (Guidotti) menanyakan situasi saya untuk 2024 dan saya menjawab kontrak saya dengan Honda sehingga hujung 2024.”

“Panggilan telefon itu tamat sebegini sahaja dan dia tidak menghubungi saya kembali.”

“Saya tidak berminat untuk melanggar kontrak dengan Honda,” Cecchinello menegaskan.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.