RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 Oktober 2023

Akid Aziz Dinobatkan Sebagai Juara Keseluruhan CP150

Tahniah buat Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha -  CKJ Racing telah meraih gelaran juara keseluruhan CP150 dalam pusingan kesembilan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Kompleks Sukan Permotoran Tangkak.

Dalam sesi SuperPole, Afif Amran mencatatkan masa terpantas pada 43'798s untuk mendapatkan petak pertama di perlumbaan akhir. Manakala Muzakkir dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team di petak kedua (43'821s) dan Akid Aziz memulakan perlumbaan di petak ketiga selepas mecatatkan masa 44'088s pada sesi tersebut.

Pada perlumbaan akhir,  Muzakkir yang bermula dipetak kedua dengan pantas mengambil peluang di selekoh pertama memintas Afif. Pada penghujung lap pertama Afif bejaya meramtas semula kedudukan P1. Untuk kedudukan keempat pula, Akid cuba merapatkan jurang dengan pelumba di tangga ketiga iaitu Haziq. Azroy yang berada di belakang Akid mula mengejarnya. Pada akhir lap ketiga, Azroy berjaya merapatkan jurang di antara Akid. Di lap kelapan, Muzakkir telah hilang kawal dan jatuh ke kedudukan kelima.

Akid berjaya memintas Haziq dari dalam pada lap kesebelas sebelum diserang balik oleh pelumba dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu. Berbaki sahakja lagi tujuh pusingan, Afif masih mendahului perlumbaan dengam jarak 1.205s di antara rakan sepasukannya, Akid. Pada lap keempatbelas, Akid mengerahkan tenaganya untuk memintas Haziq dari dalam sekali lagi sebelum memecut laju. Pada lap terakhir Afif berjaya melepasi garisan penamat selaku juara untuk pusingan ini dengan catatan masa 14'37:265s. Dengan menamatkan perlumbaan di tangga kedua, Akid Aziz sekali gus dinobatkan sebagai juara keseluruhan CP150 dengan kutipan 166 mata. Manakala untuk tempat ketiga pula menjadi milik Md Haziq Fairues dengan catatan 14'38:924s. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.