RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 8 November 2023

Adam Norrodin Bakal Beraksi di WorldSBK Musim Hadapan

Pasukan PETRONAS MIE Racing Honda mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan pelumba negara, Adam Norrodin untuk 'menaikkan pangkat'nya ke saingan WorldSBK untuk musim 2024. Turut sama seiringan dengan Adam ialah rakan sepasukannya Tarran Mackenzie.

Dari kiri: Tarran Mackenzie & Adam Norrodin.
Dari kiri: Tarran Mackenzie & Adam Norrodin.

Setelah mempamerkan prestasi yang mengagumkan di dalam saingan WorldSSP musim ini, Adam dan Mackenzie akan berjuang mewakili skuad yang sama tetapi kali ini dalam kategori WorldSBK.

Adam Norrodin '7'.
Adam Norrodin '7'.

Adam Norrodin yang berusia 25 tahun dilahirkan di Johor, Malaysia pada 13 Jun 1998 dan telah bersaing dalam siri Asia Superbike 1000 sebelum berpindah ke WorldSSP pada tahun 2023. Dia juga telah menunjukkan perkembangan baik bersama pasukan sepanjang musim dan bekerja keras untuk membangunkan projek Supersportnya.

Keputusan terbaik yang diciptanya ialah dengan menamatkan perlumbaan di tempat kelima di perlumbaan Czech dan pada masa yang sama menyaksikan rakan sepasukan mencatat kemenangan bersejarah.

Pasukan MIE Racing yakin bahawa dia kini bersedia untuk melangkah ke kelas Superbike untuk musim 2024. Sama-sama kita nantikan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.