RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 Januari 2024

Pasukan BarX Suzuki SuperMotocross 2024

Walaupun Suzuki tidak lagi 'rajin' memberi saingan seperti sebelum ini khususnya dalam perlumbaan motosikal sport dan MotoGP, tetapi jenama ini terus garang untuk memberi cabaran dalam perlumbaan sedunia SuperMotocross (SMX) 2024. Jentera-jentera Suzuki seperti RM-Z250 dan RM-Z450 kini telah siap sedia untuk mengharungi musim yang penuh cabaran.

Preston Boespflug. Kredit foto: www.dirtrider.com.
Preston Boespflug. Kredit foto: www.dirtrider.com.

Pasukan tersebut iaitu BarX Suzuki telah mengeluarkan senarai nama para pelumbanya untuk Kejohanan Dunia SuperMotocross (SMX) 2024. dengan pengenalan lima pelumba keseluruhan yang cukup bersemangat.

Anthony Bourdon. Kredit foto: www.dirtrider.com.
Anthony Bourdon. Kredit foto: www.dirtrider.com.

Dua pelumba akan memberi cabaran dalam AMA Supercross 250SX West Region Championship, dua lagi di AMA Supercross 250SX East Region dan seorang lagi dalam kelas prima 450SX.

Seorang lagi muka baharu dalam skuad Suzuki BarX ialah Anthony Bourdon yang memiliki pencapaian yang baik termasuk memenangi Kejohanan MX2 Kebangsaan Elit Perancis 2020, dan baru-baru ini meraih keputusan podium di Paris Supercross 2023.

Max Miller. Kredit foto: www.dirtrider.com.
Max Miller. Kredit foto: www.dirtrider.com.

“Saya amat gembira untuk berlumba bersama Suzuki di AS. Saya memulakan kerjaya saya berlumba Suzuki RM85 dan mempunyai kenangan indah tentang motosikal itu, jadi saya teruja untuk menunggang semula jentera Suzuki,” kata Bourdon.

“Datang ke AS untuk menunggang supercross merupakan impian mana-mana penunggang supercross, dan saya gembira apabila pihak Toyota Redlands BarX Suzuki dan Myron Short memberi saya peluang ini. Saya mempunyai musim 2023 yang baik, dan saya berasa hebat dari segi mental dan fizikal. Saya akan memberikan yang terbaik untuk meletakkan pasukan ini berada di podium. Mari kita teruskan latihan." komennya lagi.

Dilan Schwartz. Kredit foto: www.dirtrider.com
Dilan Schwartz. Kredit foto: www.dirtrider.com
Derek Drake, satu-satu wakil pasukan BarX Suzuki dalam saingan 450cc. Kredit foto: www.dirtrider.com.
Derek Drake, satu-satu wakil pasukan BarX Suzuki dalam saingan 450cc. Kredit foto: www.dirtrider.com.

Menemani Bourdon di litar Anaheim nanti ialah Max Miller, seorang lagi pelumba baru pasukan itu iaitu Dilan Schwartz yang kembali ke pasukan BarX Suzuki dari pasukan Progressive Insurance Ecstar Suzuki. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.