RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 17 Januari 2024

WSSP & WSBK 2024: Can Öncü & Tito Rabat Bekerja Keras Untuk Persiapan Musim Baru!

Pusingan pembukaan WorldSBK dan WorldSSP 2024 akan membuka tirainya dalam tempoh kurang daripada sebulan di Phillip Island di Australia. Ini juga bermakna sudah tiba masanya untuk pasukan Kawasaki Puccetti Racing membuat penilaian prestasi kerja sepasukan yang telah disiapkannya sepanjang musim sejuk bulan lalu.

Skuad teknikal Manuel Puccetti, pelumba mereka iaitu Can Öncü dan Tito Rabat telah bekerja keras tanpa henti untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi musim baru yang penuh mencabar. Setelah menjalani pembedahan pada bahagian Pleksus Brakialis yang rosak dalam kejadian di Assen, Can Öncü tidak sabar untuk kembali cergas dan memacu Ninja ZX-6Rnya lengkap dengan kemas kini 2024.

Can Öncü 2023.
Can Öncü 2023.
Aksi Can Öncü '67' pada musim lalu.
Aksi Can Öncü '67' pada musim lalu.

Pelumba muda Turki itu akan berusaha untuk mengembalikan semula keyakinan bersama jentera dan kembali cergas sepenuhnya. Can Öncü akan menyelesaikan lima hari ujian, di Jerez de la Frontera di Sepanyol pada 20-22 Januari dan sekali lagi pada 24-25 Januari nanti.

Tito Rabat akan dapat menguji jentera KRT Ninja ZX-10RR Factory Replika yang dengannya dia akan melengkapkan musim penuh pertamanya dengan pasukan Kawasaki Puccetti Racing. Jentera tunggangan tersebut telah dikemas kini mengikut peraturan baru musim ini.

Aksi mantap Tito Rabat musim lalu.
Aksi mantap Tito Rabat musim lalu.
Tito Rabat - WSBK
Tito Rabat - WSBK

Pelumba dari Sepanyol itu tidak berhenti untuk membuat latihan dan tidak sabar-sabar untuk menyesuaikan gaya tunggangannya dengan Ninja. Dia akan melakukan tunggang uji di Litar Jerez de la Frontera pada 24-25 Januari dan di Autodromo do Algarve di Portimão, Portugal pada 29-30 Januari ini. RR

​

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.