RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 8 Februari 2024

Sepang Test (Hari Kedua): Para pelumba terus majukan prestasi. Enea Bastianini Paling Laju....

Hari kedua (Sepang Test) menunjukkan peningkatan dan kemajuan yang dicapai oleh beberapa pasukan yang dianggap sangat penting dalam pembangunan jentera sebelum bermulanya musim 2024 pada bulan Mac nanti.

Enea Bastianini.
Enea Bastianini.

'Sepang Winter Test' yang dijalankan bermula 6hb Februari lalu memberi peluang untuk setiap pasukan mencari dan mendapatkan talaan dalam pelbagai sudut agar catatan masa diperbaiki dari masa ke semasa. Sistem elektronik, sistem penyerap hentak, aerodinamik, sistem brek dan setiap inci jentera perlu diperhalusi dalam jangka masa yang sangat terhad itu.

Jorge Martin.
Jorge Martin.
Brad Binder.
Brad Binder.

Enea Bastianini 'The Beast ' dari Ducati Lenovo Team yang juga pemenang GP Malaysia tahun lalu telah mempamerkan kecemerlangan walaupun agak lewat pada Hari Kedua. Rentaknya itu berjaya memberikan posisi paling atas hasil rekod lap baharu, walaupun secara tidak rasmi.

Aleix Espargaro.
Aleix Espargaro.

Lima pelumba telah berjaya mengatasi catatan masa terpantas Francesco Bagnaia (ketika pelumba itu mendapatkan Petak Pertama) dalam saingan Juara 2023. 'The Beast' mencatatkan 1:57.134, cipta rekod dan sekali lagi membuktikan kehandalannya di Malaysia. Jorge Martin yang pada awalnya mendominasi sesi ujian ini terpaksa berpuas hati di tempat kedua apabila ketinggalan 0.139 saat di belakang Bastianini.

Pecco.
Pecco.
Alex Marquez.
Alex Marquez.

Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing) melengkapkan kedudukan tiga teratas. Aleix Espargaro (Aprilia Racing) di tempat ke-4 manakala Juara Dunia 2023, Pecco meraih tempat terakhir dalam kelompok lima teratas dengan 1:57.469s.

Marc Marquez melakukan lebih banyak lap berbanding para pelumba lain memandangkan terdapat beberapa isu yang perlu segera diatasi. Selepas menyempurnakan sebanyak 72 lap, 10 daripadanya memberikan catatan masa yang cukup mengagumkan.

Marc Marquez.
Marc Marquez.
Joan Mir.
Joan Mir.
Luca Marini.
Luca Marini.

Jaguh pasukan Repsol Honda, Joan Mir pula mengakhiri sesi ujian sebanyak 39 lap dan berada di antara 10 pelumba terbaik manakala rakan sepasukannya, Luca Marini di tempat ke-17 dengan jumlah 41 lap.

Fabio Quartararo.
Fabio Quartararo.

Fabio Quartararo terus menunjukkan motivasinya dengan melengkapkan keseluruhan 53 lap dan telah mencuba pelbagai talaan. Juara MotoGP 2021 itu mempamerkan kelajuan tertinggi YZR-M1 2024 338.5km/j dan catatan masa terbaiknya 1'57.888s untuk berada di kedudukan ke-11. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.