RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 22 Februari 2024

Toprak Razgatlioglu Mula Gerunkan Pasukan Lawan

Sesi ujian rasmi telah berakhir dengan Razgatlioglu dan BMW sedang berada di posisi paling ditakuti oleh para pencabarnya. Ini bermakna, kita akan melihat pertembungan hebat sekali lagi di antara pelumba dari Turki itu dengan juara bertahan, Alvaro Bautista.

Toprak Razgatlioglu makin laju...makin selesa...
Toprak Razgatlioglu makin laju...makin selesa...
Toprak Razgatlioglu.
Toprak Razgatlioglu.

Di permukaan baru Litar Phillip Island di Australia, para pelumba dan krew pasukan menghabiskan masa dengan membuat analisa mengenai jumlah jarak perlumbaan dan cara penggunakan/pengurusan tayar sebaik-baiknya. Bagi Toprak dan pasukannya, ia adalah minggu yang sangat sibuk. Mereka telah menguji pelbagai jenis dan siri lengan ayun untuk disesuaikan dengan gaya tunggangan.

Namun begitu, kepantasan jelas bukanlah sasaran sebenar pasukan BMW kerana Toprak dan rakan sepasukan Michael van der Mark sedang bekerja keras untuk mencari keseimbangan casis. Ini amat penting untuk meningkatkan jangka hayat tayar. Seluruh krew pasukan turut memberi tumpuan pada pengurusan enjin, sistem elektronik dan tahap penyerapan.

Nicolo Bulega, calon juara WSBK 2024?
Nicolo Bulega, calon juara WSBK 2024?
Andrea Locatelli menaikkan semangat pasukan Yamaha dengan tunggangan yang cukup baik.
Andrea Locatelli menaikkan semangat pasukan Yamaha dengan tunggangan yang cukup baik.
Andrea Iannone.
Andrea Iannone.

Toprak telah beraksi dan menguji habis-habisan pada penghujung hari dan akhirnya berjaya memecahkan Rekod Lap, merampasnya dari Nicolo Bulega dengan catatan masa 1'28.511. Rakan sepasukannya Van der Mark menduduki tempat ke-14.

Alex Lowes.
Alex Lowes.
Scott Redding.
Scott Redding.

Seperti biasa, prestasi Ducati jarang benar mengecewakan. Nicolo Bulega benar-benar sensasi dalam sesi Latihan Bebas 1. Dia menjadi pelumba WorldSBK pertama yang berjaya menyempurnakan 1 Lap dengan catatan masa 1'28.890. Dia terlibat dengan kemalangan di selekoh 4 namun tidak cedera dan kemudiannya mencatatkan 1'28.585 untuk berada di tempat kedua. Pada masa yang sama, Alvaro Bautista mengalami kemalangan di selekoh 6 kerana masih tidak selesa dengan jenteranya.

Jonathan Rea.
Jonathan Rea.

Ia mungkin hari yang kurang bernasib baik buat pasukan Pata Prometeon Yamaha apabila jaguhnya, Jonathan Rea mengalami kemalangan teruk di selekoh 11. Ketika meninggalkan pusat perubatan, dia kelihatan tidak selesa dan pada sesi Latihan Bebas 2, Rea adalah antara pelumba terakhir yang keluar ke litar. Rea gagal untuk berada di antara 10 pelumba terbaik tetapi mujurlah rakan sepasukan Andrea Locatelli berada dalam prestasi yang lebih baik. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.