RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 15 April 2024

Maverick Vinales , Pelumba Pertama Raih Juara Untuk 3 Pengeluar Berbeza

Pelumba dari Sepanyol, Maverick Vinales yang mempamerkan aksi luar biasa untuk menjuarai di GP Americas semalam dan melakarkan namanya dalam sejarah era MotoGP sebagai pelumba pertama yang meraih kemenangan bersama tiga pengeluar/jenama iaitu Yamaha, Suzuki dan yang terkini, Aprilia.

Para pemenang GP Americas, Dari kiri: Pedro Acosta, Maverick Vinales & Enea Bastianini.
Para pemenang GP Americas, Dari kiri: Pedro Acosta, Maverick Vinales & Enea Bastianini.

Dalam saingan di COTA, Maverick yang bermula di petak hadapan melalui detik sukar apabila 'tersisih' ke belakang sebaik perlumbaan dimulakan. Tumpuan diberikan buat pelumba muda, Pedro Acosta yang bermula dengan cukup baik untuk memimpin perlumbaan. Hasratnya untuk terus berada di depan bagaimana pun diberikan tentangan hebat oleh Jorge Martin, Jack Miller Enea Bastianini, Francesco Bagnaia (Pecco) dan Marc Marquez.

Pedro Acosta '31' cuba melarikan diri daripada Maverick Vinales '12' dalam perebutan tempat pertama.
Pedro Acosta '31' cuba melarikan diri daripada Maverick Vinales '12' dalam perebutan tempat pertama.
Pedro Acosta, antara pelumba muda paling berbakat.
Pedro Acosta, antara pelumba muda paling berbakat.
Marc Marquez '93' terbabas ketika memimpin perlumbaan.
Marc Marquez '93' terbabas ketika memimpin perlumbaan.

Tidak lama kemudian, Jorge berjaya memintas dan dapat menjarakkan diri. Di belakang, Pedro terpaksa menepis serangan demi serangan daripada para pelumba di belakangnya. Perebutan tempat kedua memang sengit sejak dari awal perlumbaan. Jorge, Enea, Pedro dan Marc beberapa kali dapat meloloskan diri untuk 'mengetuai' kumpulan depan ini. Pada masa yang sama, Vinales sudah memintas seorang demi seorang dan rentaknya adalah yang paling pantas.

Fabio Quartararo '20' berada di tempat ke-12 untuk GP kali ini.
Fabio Quartararo '20' berada di tempat ke-12 untuk GP kali ini.

Tinggal 10 lap sahaja lagi! Marc depan sekali, diekori rapat oleh Pedro dan Jorge. Oleh kerana membrek terlalu keras di saat akhir, Marc hilang kawalan dan terbabas keluar litar. Pedro kembali di depan manakala Jorge gagal menahan kemaraan Enea yang merampas tempat kedua.

Serangan 'bersejarah' oleh Maverick (12) ke atas Pedro.
Serangan 'bersejarah' oleh Maverick (12) ke atas Pedro.

Maverick juga telah memintas semua pelumba dihadapannya kecuali Pedro yang agak sukar untuk dijinakkan. Lapan lap sebelum tamat, Maverick akhirnya berjaya melakukan serangan ke atas Pedro untuk berada di posisi yang diidam-idamkannya. Walaupun cuba dikejar oleh Pedro, Maverick akhirnya dapat mengekalkan kedudukan hingga tamat saingan. Tahniah diucapkan.

Pecco sekadar menamatkan saingan di tempat kelima.
Pecco sekadar menamatkan saingan di tempat kelima.
Luca Marini masih belum dapat tunjukkan 'kebolehannya'.
Luca Marini masih belum dapat tunjukkan 'kebolehannya'.

Pedro Acosta juga dinobatkan sebagai pelumba paling muda yang berjaya ke podium (berturut-turut) dalam kelas prima. Tempat ketiga menjadi milik Enea Bastianini diikuti Jorge Martin (keempat) dan Pecco di tempat keenam.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.