RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 9 Julai 2024

Podium Berganda Buat Qabil di Portugal

Padu...padu..padu... Tahniah buat pelumba negara, Qabil Irfan yang berjaya menduduki tangga podium sebanyak dua kali dalam perlumbaan Campeonato de Espana de Superbike (ESBK) yang diadakan di Litar Antarabangsa Estoril, Portugal baru-baru ini.

Selepas menyempurnakan sesi ujian Moto4 di Litar Catalunya minggu lalu, Qabil memiliki keyakinan yang lebih tinggi untuk memberi cabaran. Dalam Pusingan 3 kejuaraan ini, saingan di peringkat awal agak sengit. Para pelumba memiliki rentak yang sama menjadikan peluang terbuka untuk sesiapa sahaja mencipta kemenangan.

Dalam 'kekalutan'  itu, Qabil berjaya mencari ruang untuk menerima kibaran bendera penamat di tempat ketiga. Prestasi Qabil lebih baik dalam Perlumbaan 2. Dengan kecekapan dan semangat juang tinggi, kali ini Qabil berjaya mendahului para pelumba lain.

Menjelang beberapa lap sebelum tamat, dia dikejar dan terpaksa berhempas pulas untuk mempertahankan posisinya. Qabil akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat kedua apabila tewas di tangan pelumba Itali, Leonardo Casadei dengan perbezaan masa hanya 0.056s.

"Di Perlumbaan 2, saya sempat mendahului perlumbaan sebentar dan gap dalam 1 saat lebih. Tetapi mereka berjaya kejar saya di akhir perlumbaan. Jangan lupa doakan kejayaan saya di Pusingan ke-4 nanti di Catalunya, Sepanyol," Qabil Irfan. RR
 

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700