RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 22 Julai 2024

CP150: Akid Menang Mudah di Sepang

Selepas menempa kejayaan di Teluk Intan, Akid Aziz sekali lagi meraih kemenangannya di kelas perdana dalam perlumbaan pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2024 di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang sebelah selatan.

Dalam sesi Super-Pole, Akid dari PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing mencatatkan masa terpantas 1'15:44s untuk menempah petak pertama di perlumbaan akhir. Di petak kedua adalah pelumba pasukan Honda Estremo Yuzy Racing, Azroy Hakeem selepas meraih masa terpantas 1'16:298s dan diikuti Md Hafiza Rofa dari ONEXOX TKKR Racing Team dengan catatan 1'16:623s.

Perlumbaan akhir dimulakan dengan duo pelumba berbakat dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing iaitu Akid dan Afif yang mengambil kedudukan hadapan dan diikuti oleh pelumba Honda, Azroy Hakeem.

Tiba sahaja di pusingan ketiga, Akid masih lagi konsisten sebagai pendahulu perlumbaan. Manakala rakan sepasukan Azroy iaitu Shahrol Syazras Shahrol Yuzy yang kini berada di kedudukan kedua diekori rapat oleh Nazirul Izzat.

Azroy kemudian berjaya merampas kedudukan kedua apabila di pusingan kelima. Nazirul pula yang berada di P4 mencari ruang untuk memintas Shahrol Syazras.

Di pusingan terakhir, Akid selesa di hadapan tanpa cabaran dengan jarak 8 saat di antara Azroy. Di belakang pula menyaksikan tujuh pelumba merebut kedudukan ketiga.

Akid akhirnya melepas garisan penamat selaku pemenang dengan catatan masa 13'55:159s. Azroy pula di tangga kedua dan tempat ketiga menjadi milik Shahrol Syazras yang masing-masing dengan catatan 14'03:852s dan 14'04:498s. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.