RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 Julai 2024

Raul Fernandez Kekal Bersama Pasukan Trackhouse Racing MotoGP Sehingga 2026

Pelumba muda dari Sepanyol, Raul Fernandez sah bersama pasukan satelit Aprilia, Trackhouse Racing MotoGP sehingga penghujung musim 2026.

Musim 2024 adalah tahun pertama pasukan Trackhouse Racing menyertai Kejohanan Dunia MotoGP dan merupakan satu-satunya pasukan Amerika dalam kelas perdana. Raul telah menandatangangi kontrak baru untuk musim 2025 dan 2026.

Pelumba yang berusia 23 tahun ini telah menyertai kelas perdana selepas berada di tangga kedua secara kesuluruhan dalam Moto2 dengan meraih 8 kemenangan dan 12 podium. Kerjayanya dalam kelas perdana menyaksikan beliau semakin berkeyakinan pada musim ini.

"Saya sangat selesa untuk kekal di Trackhouse Racing MotoGP. Saya sangat gembira selepas mendengar rancangan Justin dan Davide untuk masa depan pasukan kerana mereka mempunyai idea yang sangat jelas dengan apa yang mahu dilakukan untuk saya. Bagi saya, sejak awal tahun lagi keutamaan saya untuk terus kekal bersama Trackhouse Racing," kata Raul. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.