RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 16 Ogos 2024

Kategori Elit Perlumbaan Yamaha R15M Bakal Buat Penampilan Sulung di MSBK Pus. 2

Pusingan kedua Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang berlangsung pada hujung minggu ini dengan menampilkan saingan sulung kategori Elit Perlumbaan Yamaha R15M.

Perkenalan kelas baru ini diwujudkan atas idea bagi menawarkan pelumba dengan pelbagai jenis pengalaman dan pendedahan berbeza dalam peralihan mesin underbone kepada jentera bertangki. Usaha ini bertujuan mempercepatkan lagi pengalaman pelumba muda supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan teknik yang lebih meluas di atas jentera berkapastiti lebih tinggi sedikit sebelum ke peringkat Asia. Yamaha R15M merupakan jentera dengan enjin berkapasiti 155c yang telah diubahsuai agar sesuai mengikut spesifikasi motosikal perlumbaan.

Matlamat MSBK adalah untuk membangunkan sukan permotoran dan menyediakan paltform buat para peminat merasai standard kecermelangan dalam sukan permotoran dua roda. Kerjasama bersama Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan memasukan kategori baru ini dapat membentuk pelumba berbakat agar lebih cermelang dalam perlumbaan motosikal. Seramai 32 orang pelumba yang bakal bersaing di kelas tersebut yang telah dipilih menerusi kejohanan motosikal negara iaitu Kejuaraan Cub Prix Malaysian PETRONAS dalam kelas CP150, CP125 dan ProAm.

Walaubagaimanapun, perlumbaan Berjaya Sompo Yamaha Y16ZR Race MasterClass tetap diteruskan untuk tahun ketiga dengan penyertaan 32 peserta bermula dari pusingan 2. Para pelumba telah dipilih dari kategori perlumbaan MCP seperti Wira KBS, Yamaha PETRONAS Super Series, AEON Credit Service Yamaha 135LC Tekhne Challenge sehingga akhir musim 2024. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.