RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 September 2024

Hakim Danish Hadiahkan Kemenangan Sempena Hari Merdeka

Tahniah buat pelumba negara, Hakim Danish yang telah berjaya mengibarkan Jalur Gemilang apabila meraih kemenangan di tempat pertama dalam Perlumbaan 2 saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup yang diadakan di Litar Aragon semalam. Lagu Negaraku berkumandang dengan penuh kebanggaan dan Danish menghadiahkan kemenangannya itu buat seluruh rakat Malaysia sempena Hari Kemerdekaan Yang Ke-67.

Para pemenang Perlumbaan 2. Dari kiri: Brian Uriarte, Hakim Danish & Rico Sarmela.
Para pemenang Perlumbaan 2. Dari kiri: Brian Uriarte, Hakim Danish & Rico Sarmela.

Terlebih dahulu, Danish turut memiliki keupayaan untuk memberi tentangan hebat kepada kumpulan hadapan tetapi selepas red-flag, perlumbaan terpaksa dimulakan semula. Danish bermula dengan agak agresif dan memotong pelumba lain tetapi telah mengakibatkan berlakunya kemalangan. Insiden itu menyebabkan Danish dikenakan penalti dan terpaksa akur di tempat ke-14.

Permulaan saingan MotoGP Rookies Cup sememangnya mendebarkan.
Permulaan saingan MotoGP Rookies Cup sememangnya mendebarkan.
Hakim Danish '13' mempamerkan tunggangan yang cukup bertenaga.
Hakim Danish '13' mempamerkan tunggangan yang cukup bertenaga.

Perlumbaan 2 pula berlangsung dalam keadaan litar yang basah, memberi kesukaran buat para pelumba untuk memecut di tahap maksimum. Namun begitu, Danish begitu yakin untuk pengendalian dan prestasi di litar yang licin.

Tahniah Hakim Danish.
Tahniah Hakim Danish.

Sedikit demi sedikit, Danish mula menjarakkan diri dan berjaya mengekalkan rentak seterusnya berjaya menamatkan perlumbaan sebagai juara. Hakim Danish kini berada di tangga keenam keseluruhan dengan 144 mata. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.