RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 9 September 2024

Marc Marquez Menang Berganda Selepas Menunggu Sekian Lama

Kita mulakan dengan saingan pusingan 12 di Aragon. Selepas menunggu 1,043 hari, pelumba sensasi Marc Marquez (MM93) kembali mengecapi takhta juara dengan tunggangan yang mengagumkan. Rentaknya cukup sempurna untuk membuka jarak pada setiap lap dan MM93 berjaya mencipta detik kemunculan semula terhebat dalam sejarah MotoGP.

Siapa sangka, seminggu selepas itu, pelumba dari Sepanyol ini sekali lagi menunjukkan kemampuan sebenarnya apabila sekali lagi ke podium tertinggi selepas menewaskan Francesco Bagnaia (Pecco) dalam satu pertarungan yang cukup sengit. Pecco yang bermula sempurna terlebih tiba paling awal di selekoh pertama tetapi kemaraan Juara Dunia itu cuba disekat oleh Jorge Martin pada selekoh berikutnya. Serangan Martin hampir-hampir menyebabkan perlanggaran. Nasib baik.

Dari kiri: Pecco, Marc Marquez & Enea Bastianini
Dari kiri: Pecco, Marc Marquez & Enea Bastianini

Turut memiliki rentak padu untuk berada bersama pelumba di hadapan ialah Franco Morbidelli yang berjaya mencatatkan masa Lap Terpantas, dan diikuti rapat oleh Enea Bastianini, Brad Binder dan MM93. Tidak lama kemudian, hujan sudah mula turun. Untuk tidak mahu mengambil risiko, Martin merupakan pelumba pertama yang masuk ke pitlane untuk menukar jentera sambil memerhatikan Pecco dan ramai pelumba lain meneruskan saingan. Turut ‘menyertai’ Martin ke pitlane ialah Aleix Espargaro, Raul Fernandes, Maverick Vinales dan Alex Rins.

Ia memberi kelebihan buat Pecco untuk melarikan diri dan peluang ini juga digunakan sebaiknya oleh Marquez untuk memecut ke hadapan sebelum menyerang Pecco dari dalam untuk merampas kedudukan. Beberapa minit kemudian, Martin sekali lagi kembali ke pitlane dan ini meranapkan harapannya untuk meraih kedudukan terbaik.

Di depan, Marquez makin selesa dan mula menjarakkan diri dengan Pecco kekal di tempat kedua. Bastianini makin laju, berjaya memotong Jack Miller yang ketika itu sangat berharap meraih podium.

Marquez melintasi garisan penamat dengan bergaya, kali pertama mencatatkan kemenangan ‘back-to-back’ sejak tahun 2021. Pecco ditempat kedua dan menambah banyak mata dalam koleksinya untuk merapatkan diri dengan Martin. Bastianini di tempat ketiga dan berjaya mengekalkan rekod bersih 100% podium di Misano dalam saingan MotoGP.

Syabar buat Fabio Quartararo yang menyempurnakan minggu paling baik buat pasukan Yamaha untuk berada di tempat ketujuh selepas berjaya mengenepikan Miller di saat-saat akhir. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.