RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 5 November 2024

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah jika dia memenangi perlumbaan dalam pusingan kesembilan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di Bandar Medini Iskandar pada hujung minggu ini.

Selepas lapan pusingan, Syamil telah memenangi dua perlumbaan berturut-turut dan lima kali di kedudukan podium. Pelumba dari Penang ini berada di kedudukan teratas keseluruhan dengan jumlah mata 134. Dengan kelebihan jurang 20 mata diantara pesaing terdekatnya, Syamil mempunyai peluang yang cerah untuk menyambut gelaran juara keseluruhan CP125 dengan lebih awal jika menang dalam perlumbaan pusingan kesembilan nanti.

Adakah dia mampu menyahut cabaran di Bandar Medini? Mengikut rekod pada musim lepas di litar tersebut, Syamil mecatatkan masa terpantas dalam sesi 'Shoot-Out' ada 46'068s. Manakala semasa perlumbaan akhir, beliau menamatkan cabaran di tangga kesepuluh. Tahun 2024 merupakan musim keduanya dalam saingan CP125 dan ini membuktikan Syamil mempunyai peningkatan pada prestasinya berbanding tahun lalu.

"Saya percaya pada tuah dan rezeki untuk tahun ini dan prestasi yang cemerlang dari awal musim sehingga sekarang. Dengan kedudukan sekarang, saya yakin dapat menyandang gelaran juara kesuluruhan di litar Medini buat pertama kali dalam kategori ini," kata Syamil.

"Pesaing terdekat saya adalah Izam Ikmal yang mempunyai misi yang sama iaitu untuk mengejar gelaran juara. Saya perlu konsisten pada hujung minggu ini untuk mengekalkan rentak. Pasukan saya pula telah bertungkus lumus menyediakan jentera yang terbaik. Tahun lepas merupakan musim pertama pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing menyertai CP125. Walaubagaimanapun, kami berjaya mencari talaan yang terbaik dan kerja keras kami dapat membuahkan hasil," tambahnya.

Ayuh ramai-ramai hadir ke Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix pusingan kesembilan di Bandar Medini Iskandar pada 8hb - 9hb November 2024. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700