RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 11 November 2024

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal selepas memenangi perlumbaan akhir pusingan kesembilan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Bandar Medini Iskandar, Johor.

Para pemenang pusingan kesembilan dari kiri: Afif, Akid dan Kasma.
Para pemenang pusingan kesembilan dari kiri: Afif, Akid dan Kasma.

Kedudukan pelumba-pelumba di petak grid CP150 ditentukan dari sesi kelayakan pada hari jumaat selepas sesi "Super-Pole" pada hari sabtu dibatalkan akibat hujan. Oleh itu, Azroy Hakeem dari pasukan Honda Estremo Yuzy Racing memulakan perlumbaan di petak pertama selepas mencatat masa 44'624s diikuti Akid Aziz dengan 44'626s dan petak ketiga adalah Kasma Daniel (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Racing Motor) selepas catat 44'675s.

Sebaik sahaja perlumbaan akhir bermula, Akid terus memecut dan memimpin perlumbaan di selekoh pertama. Manakala Afif mengambil kedudukan kedua dan Azroy di belakangnya sebelum dipintas oleh Kasma dari sebelah dalam di selekoh pertama. Afif kemudian memanfaatkan peluang untuk memintas rakannya. Kedudukan tiga pelumba di hadapan tidak berubah sepanjang perlumbaan.

Afif dan Akid semakin menjarakkan jurang di antara Kasma. Tidak lama selepas itu, Akid mula mencabar Afif dan kedudukan P1 berjaya dirampas kembali. Walaupun Afif mengatur strategi setiap lap, Akid yang mahu memburu gelaran juara dengan lebih awal tidak memberikan rakannya peluang untuk memintasnya. Pada pusingan terakhir, Akid berjaya menjarakkan jurang dan mempertahankan kedudukan sehingga penamat dengan mencatatkan masa 15'17:301s.

Dengan kemenangan di pusingan kesembilan sekali gus memberikan gelaran juara keseluruhan CP150 buat kali kedua berturut-turut kepada Akid.  Rakannya, Afif berjaya melepasi garisan penamat di tempat kedua dengan catatan 15'17:409s dan Kasma Daniel di tangga ketiga dengan 15'33:152s.

"Musim ini perjalanan saya agak bagus bermula dari pusingan pertama sehingga sekarang saya hanya kehilangan satu podium di Litar Sepang. Pada tahun ini saya berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan, krew, keluarga, rakan-rakan dan para penyokong," kata Akid Aziz. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.