RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 November 2024

Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

Sejak diperkenalkan pada Mei yang lalu di Malaysia Autoshow 2024, jenama VOGE semakin dikenali ramai. Mforce Bike Holdings selaku pengedar rasmi jenama tersebut bagi pasaran negara mengumumkan bahawa model Formica Rossa 15o (FR150) bakal menyertai saingan Kejuaraan Malaysia CubPrix dan Asia Road Racing Championship (ARRC) pada tahun 2025.

Kehadiran model ini di saingan CubPrix dan ARRC akan memberikan cabaran yang baru buat pesaing-pesaing berpengalaman. Buat masa ini FR150 masih dalam proses homologasi oleh pihak penganjur untuk membuat kemunculan sulung pada tahun hadapan.

Pemilihan nama pasukan dan pelumba masih lagi masih lagi dijalankan serta bakal diumumkan awal bulan Januari 2025. 

Secara ringkasnya berkenaan VOGE FR150 didatangkan dengan enjin bersesaran 150cc, silinder tunggal, DOHC dan sistem penyejuk cecair. Enjin yang menggunakan kotak gear 6-kelajuan ini boleh menghasilkan kuasa maksimum 15,42hp pada 8,500rpm dan tork 13.5Nm pada 7,500rpm.

Antara ciri-ciri menarik yang ada adalah klac jenis slipper, ABS dua saluran, paparan meter digital, soket USB, lampu-lampu LED dan tangki bahan api 5.8 liter. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.