RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 Disember 2024

WorldSBK: Yamaha Pertingkatkan Prestasi Jentera, Jonathan Rea Dapat Ketua Krew Baru!

Selepas tamatnya sesi ujian di Litar Jerez baru-baru ini, Prinsipal Pasukan Pata Prometeon Yamaha, Paul Denning telah menyatakan bahawa bekas juara WSBK 6 kali iaitu Jonathan Rea kini akan bekerjasama dengan Ketua Krew terbaru, Uri Pallares.

"Bertemu semula dengan rakan lama di Kawasaki dulu boleh membantu saya melupakan musim sukar ini," Jonathan Rea.

Rea sebenarnya cukup kecewa dengan prestasinya sepanjang musim dengan kedudukan keseluruhan di tangga ke-13. Hanya sekali kedudukan podium iaitu dalam saingan Superpole di pusingan 5 yang diadakan di Litar Donington Park.

Beberapa peningkatan prestasi dilakukan pada bahagian casis dan elektronik.
Beberapa peningkatan prestasi dilakukan pada bahagian casis dan elektronik.

Sebelum ini Rea bekerja dengan Andrew Pitt pada musim pertamanya bersama Yamaha tetapi menjelang sesi ujian rasmi Jerez, ia diumumkan bahawa Uri Pallares akan mengambil peranan terbaru. Namun begitu, Rea dan Uri saling mengenali malah pernah bekerjasama dalam pasukan Kawasaki sembilan tahun yang lalu.

Mengenai pertukaran ketua krew, Paul Denning (Prinsipal Pasukan) berkata: “Sebarang perubahan yang melibatkan kakitangan, dalam mana-mana organisasi sekali pun sememangnya sukar. Andrew telah bersama kami selama lebih daripada tujuh tahun dan selama itu, menjadi rakan sekerja yang sangat dipercayai dan rakan kepada semua orang dalam pasukan, termasuk Jonathan.

Kita tunggu prestasi sebenar Jonathan Rea nanti.
Kita tunggu prestasi sebenar Jonathan Rea nanti.

"Keadaan itu bukanlah yang paling mudah untuk dikendalikan. Walau bagaimanapun, selepas musim yang sukar, Jonathan hanya merasakan bahawa dia harus 'reset' semula khususnya dari segi gaya komunikasi dan keadaan sekeliling yang perlu berubah. Ia tidak ada kaitan dengan kerja teknikal, pengalaman atau keupayaan ketika di atas litar. Ia semata-mata berdasarkan perasaan penunggang dan apa saja keperluan untuk mencuba sesuatu yang berbeza selepas musim yang sukar", kata Denning.

Andrea Locatelli.
Andrea Locatelli.

“Hakikatnya, Uri dan Jonathan mengenali antara satu sama lain dan mempunyai hubungan peribadi dan profesional yang begitu rapat. Uri adalah sebahagian kejayaan Rea sebelum ini dan beliau mempunyai watak yang cukup kuat untuk menguruskan Rea dan mendapatkan keputusan terbaik daripadanya pada setiap masa. Kami mempercayai intelek dan keupayaannya untuk melakukan perubahan ini."

Dalam sesi ujian rasmi tersebut. Denning menyatakan pasukan Yamaha mencuba beberapa komponen baru dan akan meningkatkan prestasi dari beberapa sudut, khususnya casis dan sistem elektronik. Kami 'jumpa' dengan beberapa perkara yang positif. Rakan sepasukan Rea, Andrea Locatelli melakukan lebih banyak eksperimen dan responya setakat ini cukup memberangsangkan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700