RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Disember 2024

BIMOTA Bakal Buat 'Come Back' Dalam WorldSBK Dengan KB998

Bimota, jenama dari Itali akan kembali bersaing dalam perlumbaan WorldSBK 2025 menerusi model terbaru iaitu KB998 yang disempurnakan dengan enjin-berkuasa dari Kawasaki.

Bimota KB998 merupakan jentera jalanan yang akan memiliki homologasi sesuai untuk digunakan dalam WorldSBK. Dari segi rupabentuknya, kita dapat melihat terdapat beberapa persamaan di antara model ini dengan jentera Kawasaki ZX-10RR terutamanya pada panel meter TFTnya.

Namun begitu, Bimota telah memberi nafas baru untuk KB998 hampir dari setiap sudut termasuklah lampu hadapan, fairing sisi, kerangka, lengan ayun aluminium aloi, sistem saspensi (fork hadapan USD jenis Showa), rim dan yang lain-lain telah direka/dihasilkan oleh Bimota.

Model ini disempurnakan dengan enjin-berasas ZX-10RR iaitu 998cc, 4 silinder, DOHC, sistem yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 147.1kW pada 13,600rpm dan tork 111Nmn pada 11,700rpm. Tayar hadapan bersaiz 120/70Z R17 dilengkapkan dengan sepasang brek cakera 330mm jenis Brembo manakala tayar belakang 200/55Z R17 hadir dengan brek cakera tunggal 220mm.

Versi jalanan masih dalam fasa produksi dan dijangkakan akan bermula dengan 125 unit yang dijadualkan untuk sedia di pasaran sebelum bulan Februari 2025 dan penambahan lagi 125 unit pula akan dipasang sebelum 31 Disember 2025. Menurut syarat dari pihak FIM, sebanyak 500 unit jentera perlu dikeluarkan ke pasaran sehingga tahun 2026 nanti. RR

Ciri-ciri lain Bimota KB998:

  • Saiz tangki: 17 liter
  • Transmisi: 6 kelajuan
  • Sistem ekzos: Akrapovic
  • Peredam: Ohlins
  • Tinggi pelana: 830mm
  • Tapak roda: 1,454mm
  • Berat kering: 195kg
  • Harga: belum dinyatakan

Popular

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

  • Model Baru

    Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Artikel berkaitan

Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Yamaha RW350: Sesuai untuk Tungggangan Harian, Mantap Masuk Off Road!

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.