RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 Mei 2019

Alvaro Bautista Terus Kebal

Khemah pasukan Ducati terus berpesta selepas jaguh mereka, Alvaro Bautista mengungguli persaingan kelas prima ini untuk meraih keputusan cemerlang 100% sejak berlalunya pusingan pertama di Phillip Island Februari lalu. Gabungan pelumba dari Sepanyol itu bersama Ducati Panigale V4 R setakat ini bagaikan kebal daripada sebarang serangan walaupun daripada juara bertahan, Jonathan Rea.

Dalam Perlumbaan 1, berada di petak paling depan memberi kelebihan buat Bautista untuk memecut dengan pantas. Namun begitu, dia diberi tentangan oleh Markus Reiterberger dari pasukan BMW Motorrad WSBK yang mengendalikan jentera S 1000 RR dengan tangkas sekali. Turut berada di dalam kumpulan paling depan ini ialah M. Van Der Mark, Alex Lowes dan Jonathan Rea.

Ketika Bautista mula membuka jarak, juara WSBK empat kali, Rea mengerahkan seluruh tenaga Kawasaki ZX10Rnya untuk merapatkan diri dan seterusnya memintas tiga pelumba di hadapan. Kecekalannya untuk mengejar Bautisa di hadapan wajar diberi pujian tetapi apakan daya, jarak lebih daripada tiga saat agak menyukarkan. Rea sekali lagi melintasi garisan penamat di tempat kedua diikuti oleh pelumba pasukan Pata Yamaha WSBK, M. Van Der Mark di tempat ketiga.

Perlumbaan kedua turut menempatkan Bautista di hadapan sekali tetapi kali ini dia dikejutkan dengan pecutan yang luar biasa daripada Jonathan Rea. Selaku juara bertahan, pelumba Kawasaki itu mempamerkan tunggangan mantap serta bersifat 'bertahan' yang cukup bijak bagi mengelak daripada dipintas. Walaupun rentak Bautista lebih pantas, ruang-ruang ditutup rapat oleh Rea yang menyukarkan usaha Bautista untuk memintas.

Kealpaan Rea pada lap kelima 'dihukum' oleh Bautista dan kemudiannya oleh M. Van Der Mark tidak lama selepas itu. Bautista tidak lagi pandang ke belakang sebaliknya menumpukan seluruh perhatian untuk mencari kemenangannya di kelas prima ini buat kali kelapan berturut-turut.

Pertarungan untuk tempat kedua di antara M. Van Der Mark dan Rea tidak reda-reda. Keduadua pelumba ini saling pintas memintas dan berlangsung hingga ke lap terakhir. M. Van Der Mark terlebih dahulu menerima kibaran bendera penamat dengan perbezaan hanya 0.018 saat. Cukup sensasi!

“Ia adalah minggu paling sempurna buat saya kerana kami agak bergelut dengan suhu yang sangat rendah di waktu pagi. Segalanya kembali baik ketika menjelang Perlumbaan 2 kerana sudah mula panas dan saya lebih selesa. Saya memang terkejut apabila melihat Rea di depan dan sangat pantas. Apa pun, rentak saya lebih baik dan apabila mendapat peluang, saya memintas dan terus mengekalkan prestasi hingga ke saat akhir. Saya sangat berpuas hati dengan kemenangan 100% sempurna setakat ini,” komen Bautista.

“Perlumbaan kedua lebih mencabar. Saya bermula dengan baik dan cukup selesa dengan prestasi jentera ini. Sayangnya saya kehilangan beberapa posisi di awal perlumbaan dan perlu memintas seorang demi seorang sebelum tiba di belakang Rea. Saya juga dapati Rea agak kurang selesa memacu jenteranya dan ia merupakan saat terbaik untuk memintas. Selepas mengharungi pertarungan yang cukup hebat, saya berjaya menebus kekecewaan di pusingan pertama untuk menang di tempat kedua,” kata M. Van Der Mark.

WorldSSP

Tahniah buat Federico Caricasulo yang akhirnya berjaya meraih kemenangan sulungnya tahun ini selepas menewaskan Randy Krummenacher dan Thomas Gradinger dalam satu pertarungan yang mendebarkan. Ketiga-tiga pelumba Yamaha YZF R6 tersebut menghiburkan para penonton yang hadir menerusi serangan-serangan cukup mantap.

Caricasulo kemas mengawal keadaan dan berjaya menewaskan rakan sepasukannya Krummenacher dengan perbezaan masa 0.032 saat manakala Gradinger yang berada di tempat ketiga menamatkan cabaran hanya ketinggalan 0.191 saat sahaja. Memang cukup rapat!

WorldSSP 300

Manuel Gonzalez berjaya menambah lagi 25 mata penting dalam 'simpanannya' selepas memenangi perlumbaan dua kali berturut-turut. Jentera Kawasaki Ninja 400 yang ditungganginya meratah setiap selekoh litar Assen yang sepanjang 4.542mm dengan cemerlang sekali. Antara pelumba lain yang mampu mengekori Gonzales ialah Scott Deroue yang juga menunggang Kawasaki ZX10R.

Dengan 50 mata bersih, Gonzalez berada di tangga teratas carta mata keseluruhan diikuti oleh Scott Deroue (36 mata), Hugo De Cancellis (31 mata) dan pelumba dari Jerman, Jan-Ole Jahning berada di tangga keempat dengan 29 mata.

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Imola, Itali pada10-12 May diikuti Andalusia, Sepanyol pada 7-9 Jun. RR

Isu Pada

Mei 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.