RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Mac 2025

VOGE Racing Team Bersedia Untuk Bersaing di Cub Prix & ARRC 2025

VOGE Racing Team yang dikuasakan oleh AS25 Academy secara rasminya akan berentap dalam saingan Malaysian Cub Prix dan Asia Road Racing Championship (ARRC) untuk musim 2025.

Kerjasama di antara VOGE dan AS25 Academy Racing Team yang diketuai oleh Ikon Sukan Permotoran Negara iaitu Azlan Shah Kamaruzaman akan menggunakan jentera VOGE Formica Rossa FR150 dalam kedua-dua kejohanan tersebut. VOGE Racing Team AS25 Academy turut menyenaraikan barisan pelumba mereka dan livery jentera untuk musim 2025.

Muhammad Afizi Supaat menjadi wakil utama pasukan yang bakal berentap di peringkat asia iaitu ARRC untuk kategori UB150 dan turut bersaing di Malaysian Cub Prix (MCP). Beliau juga akan bergandingan bersama dua lagi pelumba di MCP dalam kelas CP150 iaitu Muhammad Afizad Supaat dan pelumba berpengalaman, Muhammad Muzakkir Mohamed.

Berkenaan VOGE Formica Rossa, model ini didatangkan dengan enjin bersesaran 150cc, silinder tunggal, DOHC dengan sistem penyejuk cecair bersama sistem transmisi 6-kelajuan. FR150 mampu menghasilkan kuasa maksium 15.4hp pada 8,500rpm dan tork 13.5Nm pada 7,500rpm.

Antara ciri-ciri lain seperti sistem Slipper Clutch, ABS dua saluran, fork teleskopik, brek-brek cakera, tangki bahan api 5.8 liter dan soket pengecas USB. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.