RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 17 Mac 2025

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

Marc Marquez sekali lagi mencipta sejarah dengan meriah kemenangan yang ke-64 dan yang ke-4 di litar Termas de Rio Hondo selepas tahun 2024, 2016 dan 2019. Kemenangan ini juga membolehkannya menyamai Legenda MotoGP Angel Nieto di tempat ketiga. Marquez juga merupakan pelumba pertama yang memenangi dua perlumbaan GP pertama sejak Fabio Quartararo lakukannya pada 2020 (Sepanyol/Andalucia). Dia juga merupakan pelumba pertama yang menyapu bersih di petak pertama, lap terpantas dan menang dalam perlumbaan akhir.

Adiknya, Alex Marquez (Gresini Racing MotoGP) dan Franco Morbidelli (VR46 Racing Team) masing-masing melengkapkan podium dan sekali lagi, semuanya menunggang Ducati. Fabio Di Giannantonio (Pasukan Perlumbaan VR46) melengkapkan lima tempat terbaik buat Ducati.

Marquez bermula dari petak pertama dengan baik tetapi segera dipintas oleh adiknya Alex di lap keempat. Marc berjaya mendahului semula apabila perlumbaan berbaki lima lap dan kemudian mempamerkan pecutan luar biasa hingga ke saat akhir. Bagi seorang lagi jaguh Ducati, Francesco Bagnaia mempunyai permulaan yang cemerlang dari barisan kedua apabila dia tiba di selekoh satu di tempat ketiga, kedudukannya telah dirampas oleh Morbidelli yang mempunyai rentak lebih baik. Walaupun Bagnaia cuba untuk mengejar, usahanya itu tidak mendatangkan hasil.

Alex Marquez '73' cuba untuk kekal di depan.
Alex Marquez '73' cuba untuk kekal di depan.
Pedro Acosta.
Pedro Acosta.
Andreai
Andreai

Di belakang, satu-satunya wakil Honda yang mampu memberikan saingan ialah Johann Zarco yang memiliki rentak positif sejak di sesi latihan bebas.  Brad Binder sekali lagi berada di antara 10 pelumba terpantas manakala pelumba Jepun yang mencipta kejutan di Thailand iaitu Ai Ogura, perlumbaannya selepas menamatkan saingan di tempat kelapan dibatalkan.

Maverick Nivanes
Maverick Nivanes

Dengan kejayaan ini, Márquez masih memegang markah sempurna dengan 74 mata, diikuti Alex Marquez 58 mata manakala Bagnaia di tempat ketiga dengan 43 mata.. Saingan seterusnya akan berlangsung dalam masa dua minggu di Circuit of The Americas di Austin, Texas. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.