RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 11 April 2025

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Saingan PETRONAS Cub Prix 2025 telah pun dilancarkan di LYL International Karting Circuit semalam. Hadir menyempurnakan majlis ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Tuan Adam Adli, Pengarah Urusan Safe Aim Mutual, En. Sam Hogg, Pengarah Promosi Safe Aim Mutual, En. Ron Hogg, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LYL, Dato' Andrian Lim, para pemilik dan pengurus pasukan-pasukan yang bakal memberi cabaran dalam musim baru ini.

Turut memeriahkan acara ialah para pelumba dan krew dari pasukan-pasukan bertanding seperti PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Honda Estremo Yuzy Racing, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, VOGE Racing Team, Idemitsu Honda Yam Racing Team, SCK Honda Racing Team, ATAS AHM Motor Sports, Jetron Yamaha YY Pang Racing Team dan ONEXOX TKKR Raacing Team.

 

Tahniah buat penganjur kerana 2025 juga merupakan tahun ke-32 penganjuran perlumbaan yang telah melahirkan ramai jaguh-jaguh yang mempamerkan kecemerlangan bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi juga antarabangsa. Sudah pasti kita selaku pencinta dua roda tidak akan lupa nama-nama besar seperti Shahrol Yuzy, Hafizh Syahrin, Zamri Baba, Azlan Shah, Md Zaqhwan, Zulfahmi Khairuddin, Khairul Idham Pawi (KIP), Adam Norrodin, Kasma Daniel dan ramai lagi.

Seperti mana yang diucapkan oleh EN. Ron Hogg, matlamat penganjuran perlumbaan ini kekal sebagai platform yang penting dalam mencipta dan membangunkan ekosistem di luar bidang sukan, terutamanya dalam memastikan impak kelestarian ataupun “sustainability” yang konsisten dan berterusan bagi komuniti Cub Prix. Matlamat kami sepanjang 32 tahun adalah untuk memastikan pencapaian tersebut di samping menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif kepada para pelumba kami."

"Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix bukan sekadar sukan, tetapi lebih daripada itu, ia juga merupakan platform yang merangsang perkembangan yang lebih besar bagi komuniti, masyarakat dan negara,” tambah beliau.

En. Ron turut menekankan usaha yang sedang dijalankan dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap PETRONAS Cub Prix serta komitmennya melangkaui sukan dan pada masa yang sama menyokong amalan keselamatan jalan raya. Program yang akan berlangsung di 16 buah sekolah menengah di Lembah Klang ini turut diperkasakan melalui kerjasama dengan PERKESO yang bertujuan memberi impak kepada masyarakat dengan menunggang selamat.

Musim PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 dijadualkan untuk pembukaan musim di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara) pada 19-20 April 2025 dan akan dijalankan sebanyak 10 pusingan seperti biasa.

LYL International Karting Circuit juga tersenarai sebagai destinasi pilihan perlumbaan yang dijadualkan pada Pusingan Ketiga, 14-15 Jun 2025 nanti. Litar LYL ini beroperasi di Sungai Long dan sememangnya menawarkan rekabentuk litar yang cukup menarik.  Jarak litar adalah 1.5 kilometer dengan 23 buah selekoh mencabar termasuk laluan terowong seperti di Litar Motegi, Jepun.

Dengan adanya sistem pencahayaan yang terang, litar LYL sememangnya juga digunakan di waktu malam. Namun begitu, untuk tahun pertama saingan Cub Prix di litar ini, perlumbaan hanya akan diadakan di waktu siang.  Mungkin tahun 2026 kita dapat saksikan buat pertama kali saingan cub prix dijalankan di waktu malam. Padu! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia