RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 9 Jun 2025

Apa Lagi Marc Marquez Tak Boleh Lakukan? Minggu Sempurna Buat #93

Inilah kali pertama sejak 2015 seorang pelumba berjaya melakukan kemenangan sempurna dan dia adalah Marc Marquez. Marc bukan sahaja menang dalam perlumbaan Sprint malah mencatatkan masa terbaik untuk berada di petak pertama. Terpantas di sesi Latihan 1, Terpantas Sesi Kelayakan, Terpantas sesi Warm-up, Terpantas hampir di sepanjang lap...dan memecahkan rekod ciptaannya sendiri.

Marc Marquez mendominasi GP Aragon.
Marc Marquez mendominasi GP Aragon.

Seperti yang dia mahukan, permulaan sempurna membolehkannya berusaha meninggalkan para pelumba lain. Dua pelumba rapat di belakangnya iaitu Francesco Bagnaia (Pecco), Pedro Acosta, Franco Morbidelli dan Alex Marquez juga tidak mampu untuk mengejar Marc yang makin lama..makin jauh.

Permulaan saingan yang cukup mendebarkan.
Permulaan saingan yang cukup mendebarkan.

Pecco terpaksa menahan dan membalas serangan Acosta beberapa kali yang ternyata mempunyai rentak cukup pantas. Pada masa yang sama Joan Mir bersama jentera Hondanya mempunyai lebih cengkaman, mampu mencabar beberapa buah jentera Ducati di hadapannya.

Joan Mir.
Joan Mir.

Maverick Vinales '12' memiliki rentak yang pantas tetapi jenteranya hilang kawalan di pertengahan saingan.
Maverick Vinales '12' memiliki rentak yang pantas tetapi jenteranya hilang kawalan di pertengahan saingan.

Acosta tidak mampu untuk menyaingi rentak Pecco dan tempat keempat adalah satu keputusan yang cukup baik. Perebutan tempat kelima di antara Mobidelli dan Fermin Aldeguer pula makin sengit sehingga berlakunya sentuhan. Dengan menggunakan jentera yang sama, hanya keberanian dan taktik yang boleh memberikan kelebihan.

Pedro Acosta di tempat keempat manakala Brad Binder '33' gagal menamatkan saingan.
Pedro Acosta di tempat keempat manakala Brad Binder '33' gagal menamatkan saingan.
Morbidelli '21' berjaya menewaskan Aldeguer untuk merampas tempat kelima.
Morbidelli '21' berjaya menewaskan Aldeguer untuk merampas tempat kelima.
Alex Marquez cukup gembira menamatkan saingan di tempat kedua.
Alex Marquez cukup gembira menamatkan saingan di tempat kedua.

Marc Marquez meraih gelaran juara dengan cukup bergaya. Alex Marquez di tempat kedua diikuti Pecco yang menduduki tangga ketiga podium. Di belakang Acosta (tempat keempat) ialah Morbidelli yang berjaya menewaskan Aldeguer di saat-saat akhir.

Tahniah buat Mir yang menamatkan saingan di tempat ketujuh dan ia adalah keputusan terbaiknya sejak GP India pada tahun 2023 yang lalu. Satu peningkatan yang perlu diteruskan!

Joan Mir bersemangat untuk menaikkan kembali nama Honda.
Joan Mir bersemangat untuk menaikkan kembali nama Honda.
Para pemenang perlumbaan Sprint. Dari kiri: Alex Marquez. MArc Marquez &  Fermin Aldeguer.
Para pemenang perlumbaan Sprint. Dari kiri: Alex Marquez. MArc Marquez & Fermin Aldeguer.

Antara pelumba harapa pasukan yang kurang bernasib baik pada perlumbaan kali ini ialah Fabio Quartararo, Brad Binder, Maverick Vinales dan Johann Zarco. Semoga kesemuanya akan kembali bersemangat memberi cabaran dalam pusingah berikutnya, Litar Antarabangsa Mugello pada 22 Jun ini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.