RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 11 Jun 2025

Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

Setelah tamatnya perlumbaan di Aragon Ahad lalu, satu lagi ujian rasmi dilakukan, satu lagi peluang untuk mencari lebih kelajuan – Joan Mir mengetuai pasukan Honda HRC Castrol menyempurnakan hari Isnin yang produktif di MotorLand Aragon khususnya apabila suhu meningkat.

Selepas mencapai keputusan terbaiknya musim ini setakat ini, Joan Mir kembali menaiki Honda RC213V untuk ujian pasca perlumbaan di Aragon. Melengkapkan 64 pusingan sepanjang hari dan pelumba bernombor #36 itu dapat mencuba lengan ayun baru yang dinilai oleh 'Pasukan Ujian Honda HRC' serta beberapa pilihan persediaan untuk meningkatkan prestasi.

Pusingan terbaiknya adalah 1'46.419 dan ini meletakkan Mir menamatkan sesi tersebut di tempat ke sepuluh, di belakang Viñales. Masa yang dicatatkan itu adalah kira-kira tiga persepuluh lebih cepat berbanding catatan masanya di sesi Ujian Kelayakan 2 penghujung minggu lalu.

"Satu keputusan yang positif hari ini. Kami dapat mencuba beberapa perkara baru untuk capai sedikit kemajuan, menjadi lebih berdaya saing dan pada masa yang sama, kami mencari lebih cengkaman. Saya tidak fikir kami telah mengalami peningkatan jelas hari ini, tetapi kami pastinya telah menemui beberapa langkah yang baik dan saya fikir kami juga mampu untuk mempermantapkan kuasa pecutan. Kami juga mencuba dengan sistem elektronik. Sebagai pelumba, saya sentiasa mahukan lebih banyak peningkatan lagi dan sudah tentu ada beberapa perkara yang ingin saya capai pada hari ini iaitu pecutan atau kelajuan tertinggi. Saya memang gembira hari ini,” Joan Mir.

Seroang lagi pelumba Honda iaitu Johann Zarco turut tidak melepaskan peluang untuk menguji dengan memberi tumpuan untuk menilai pelbagai komponen baru yang disediakan oleh HRC. Ujian turut dilakukan elektronik dan tetapan yang berbeza, semuanya bertujuan untuk menambah baik bahagian tertentu pada motosikal.

Pasukan CASTROL Honda LCR mengambil kesempatan daripada keadaan cuaca yang baik untuk menjalankan program ujian yang menarik dan penting sepanjang hari. Maklumat yang dikumpul dan akan terus bekerjasama rapat dengan HRC menjelang perlumbaan yang akan datang.

Kedudukan di litar tidak menggambarkan potensi sebenar jentera Zarco, kerana tidak dilakukan Time-Attack dan tiada tayar baru digunakan; keutamaan ujian kali ini adalah untuk mengumpul maklumat yang bermakna.

"Kami menguji beberapa perkara hari ini, dan saya gembira dengan maklum balas yang diperolehi. Saya cukup gembira dengan lengkapnya ujian kali ini. Kami bekerja ke arah yang betul. Hari ujian sentiasa mencabar, tetapi yang ini adalah produktif, dan kami mengumpulkan beberapa maklumat berguna untuk terus membina kekuatan," Johann Zarco.

DIharapkan pihak Honda dapat menambahbaik jentera-jentera yang digunakan agar lebih kompetitif di masa akan datang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.