RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 Julai 2025

MotoGP: Jorge Martín Kekal Dengan Aprilia Musim 2026

Sebelum ini Jorge Martín telah mengejutkan dunia sukan permotoran di mana dia menyatakan niat untuk menamatkan kontraknya dengan Aprilia dengan lebih awal walaupun masih mempunyai baki semusim lagi. Krisis dalam di antara juara dunia MotoGP 2024 dan pasukan Aprilia itu semankin tegang apabila pengurus Martin mendakwa pelumba tersebut telah "bebas kontrak' dan sedia berbincang dengan pasukan lain.

Segala spekulasi mengenasi masa depannya dalam MotoGP akhir terjawap apabila Jorge Martín mengesahkan bahawa akan terus bersama pasukan Aprilia pada musim 2026.

Pelumba dari Sepanyol itu bakal kembali ke litar selepas terpaksa berehat hampir empat bulan akibat kecederaan serius yang dialaminya. 

Martín terlepas tiga perlumbaan awal musim selepas terbabit dalam dua kemalangan ketika pra musim. Pelumba berusia 27 tahun itu berhasrat untuk bangkit dalam perlumbaan di Qatar pada bulan April namun terbabit dalam kemalangan sekali yang mengakibatkan 11 tulang rusuknya patah.

Pengumuman ini bukan sahaja melegakan pihak Aprilia tetapi buat para peminat MotoGP yang teruja untuk melihat kerjasama ini terus berkembang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.