RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 30 September 2025

Kasma Menang di Jempol, Afif Juara Keseluruhan CP150

Perlumbaan CP150 Pusingan 8 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 di Dataran Seri Jempol berlangsung penuh dramatik apabila Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) muncul juara perlumbaan, manakala Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan musim 2025 dalam kategori ini.

Sebaik sahaja perlumbaan bermula, Afif mendahului saingan diikuti rapat oleh Azroy Hakeem Anuar (Honda Estremo Yuzy Racing). Kasma bersama rakan sepasukannya iaitu Nazirul Izzat Md Bahauddin, serta Md Faiz Zekri Sabri (ATAS AHM Motor Sports) melengkapkan kelompok lima terbaik.

Masuk pusingan keempat, Azroy mencatat masa terpantas 44.706s, merapatkan jarak kepada hanya 0.281s di belakang Afif. Namun Afif kekal konsisten di hadapan, menyukarkan pelumba lain untuk memintas. Pertarungan sengit antara Afif, Azroy dan Kasma mewujudkan lagi jurang lebih dua saat berbanding kelompok kedua.

Afif yang berpengalaman terus fokus dan mula meninggalkan Azroy. Bagaimanapun, Kasma mengambil peluang berani memintas Azroy untuk meraih kedudukan kedua, sebelum cuba mengejar Afif. Malang menimpa Afif apabila beliau terjatuh pada dua pusingan terakhir, sekali gus membuka ruang buat Kasma dan Azroy untuk mendahuluinya. Afif bangkit semula dan berjaya menamatkan saingan di tempat keempat selepas memintas Nazirul.

Kasma menamatkan perlumbaan sebagai pemenang dengan catatan masa 15’00.230s, diikuti Azroy (15’01.350s) di tempat kedua, manakala Faiz meraih podium ketiga (15’06.683s). Afif pula menutup saingan lima terbaik dengan masa 15’09.123s, cukup untuk mengesahkan gelaran Juara Keseluruhan musim ini.

"Saya rasa hampir semua pelumba berdepan masalah cengkaman tayar yang cepat habis, termasuk Afif yang mungkin menyebabkan beliau terjatuh. Namun, tahniah kepada Afif kerana berjaya merangkul gelaran Juara Keseluruhan. Musim depan kami pasti akan kembali bersaing untuk kejuaraan. Buat masa ini, sasaran saya ialah menamatkan musim di tempat kedua keseluruhan. Syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada pasukan yang menyediakan jentera terbaik dari awal lagi. Kemenangan hari ini adalah untuk mereka," kata Kasma.

"Awal musim ini saya dapat tahu peraturan baru menetapkan berat motosikal dan pelumba diseragamkan kepada 168kg. Itu memberi kelebihan kepada saya kerana saya antara pelumba paling berat dalam CP150. Saya gunakan peluang ini untuk bekerja lebih keras. Walaupun persaingan sengit, termasuk daripada Kasma, saya berjaya mengekalkan momentum sehingga mencapai sasaran iaitu Juara Keseluruhan. Semasa terjatuh tadi, saya hanya fokus untuk bangkit semula dan kutip mata sebanyak mungkin. Minggu ini sangat mencabar, tetapi saya berjaya sesuaikan diri. Kini saya lebih tenang untuk hadapi baki dua pusingan terakhir dengan misi mengekalkan momentum tanpa tekanan," kata Afif.

Perlumbaan pusingan kesembilan akan berlangsung pada 18hb – 19hb Oktober di Stadium Negeri Pulau Pinang dan untuk pusingan terakhir di Bandar Medini Iskandar pada 22hb – 23hb November 2025. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.