RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Oktober 2025

Rueda Retak Tangan, Noah Dettwiler Jalan Beberapa Pembedahan...Jantung Terhenti Beberapa Kali!

Perlumbaan Moto3 di GP Malaysia terpaksa ditunda berikutan kemalangan teruk melibatkan Juara Dunia Moto3, Jose Antonio Rueda dan pelumba pasukan CIP Green Power, Noah Dettwiler ketika di sesi Sighting Lap (Lap Pemanas). Kemalangan yang berlaku menghampiri Selekoh Empat itu berpunca daripada Noah yang kelihatan mengalami masalah teknikal dan bergerak dalam kelajuan rendah manakala Rueda yang sedang memecut di belakang gagal mengelak dan terus melanggar.

Noah Dittwiler. Kredit foto: MotoGP.
Noah Dittwiler. Kredit foto: MotoGP.

Kedua-dua pelumba Moto3 itu kemudiannya dibawa ke hospital menaiki helikopter dan insiden tersebut menyebabkan perlumbaan Moto3 terpaksa ditunda dana dipendekkan daripada 15 kepada 10 lap sahaja.

Menurut laman sosial pasukan CIP Green Power, Dettwiler kini telah menjalani beberapa pembedahan dan pihaknya meminta para peminat untuk menghormati privasi sehingga maklumat baru dikongsikan. Melihat kepada video yang telah pun tular di media sosial, kecederaan Dettwiler dikhuatiri agak parah dan terdapat juga beberapa perkongsian di laman sesawang mengatakan pelumba dari Switzerland itu mengalami serangan jantung untuk beberapa kali dan telah kehilangan banyak darah.

Jose Antonio Rueda. Kredit foto: MotoGP.
Jose Antonio Rueda. Kredit foto: MotoGP.


Tangkap layar video tular.
Tangkap layar video tular.

Pasukan Red Bull Ajo turut mengeluarkan kenyataan bahawa pelumba mereka, Rueda tidak mengalami kecederaan serius pada bahagian penting seperti kepala (walaupun alami gegaran akibat hentakan) atau badan selain tangannya dan dia kini berada dalam keadaan stabil.

RR mendoakan kesembuhan segera untuk kedua-dua pelumba berbakat itu dan semoga segala urusan dipermudahkan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.