RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 4 November 2025

Qabil Irfan Sasar Penamat Cemerlang di Jerez

Kejuaraan España Superbike Championship (ESBK) bakal menutup tirai musim 2025 hujung minggu ini, dengan pelumba muda sensasi negara, Qabil Irfan, bersedia menghadapi aksi terakhir di Litar Jerez.

Pada pusingan terdahulu di Litar Estoril, Portugal, Qabil telah pun mengesahkan gelaran Juara Keseluruhan kategori ESBK Talent 2025, hasil prestasi cemerlangnya sepanjang musim.

Litar Jerez mempunyai 8 selekoh kanan, 5 selekoh kiri dan laluan lurus sejauh 607 meter — merupakan antara litar kegemaran Qabil, di mana beliau pernah mencatat keputusan memberangsangkan sebelum ini.

“Walaupun saya telah bergelar Juara Keseluruhan, ia tidak bermakna saya akan melepaskan peluang podium minggu ini kepada pelumba lain. Saya akan berusaha menamatkan kedua-dua perlumbaan dengan keputusan terbaik untuk pasukan saya," kata Qabil Irfan.

Bagi pusingan penutup musim ini, dua perlumbaan akan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad. Selesai saingan ESBK, Qabil dijadual berangkat ke Valencia untuk menyertai FIM MiniGP World Final bersama pasukan FIM MiniGP Malaysia pada minggu berikutnya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.