RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 9 November 2025

Afif Juara Keseluruhan MSBK250 A

Pusingan ke-4 AEON CREDIT MAM Malaysia Superbike Championship 2025 kategori MSBK250 A di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang menyajikan aksi penuh dramatik apabila Ahmad Afif Amran dari pasukan SUPERFAST JRT X RAPIDO muncul juara dalam perlumbaan 1 sekali gus menamatkan musim ini sebagai juara keseluruhan 2025.

Dari kiri; Akid, Afif & Reynaidi Pradana di tangga podium MSBK250 A.
Dari kiri; Akid, Afif & Reynaidi Pradana di tangga podium MSBK250 A.

Sebaik perlumbaan bermula, Afif melakukan permulaan cemerlang dengan mendahului rakan sepasukannya, Md Akid Aziz, diikuti Irfan Ardiansyah (MAEZTRO NWN SCK HONDA RACING) dan Md Syamil Amsyar M. Iffende (HONG LEONG YAMAHA MALAYSIA) di tempat keempat. Pada pusingan kedua, Reynaidi Pradana (REY RACING SPEED) mula menyerang dan cuba memisahkan diri daripada kumpulan hadapan yang sengit.

Pusingan ketiga menyaksikan Syamil mencatat masa terpantas 2’26.650s dan sempat mendahului, namun kesilapan kecil membolehkan Afif, Irfan dan Reynaidi kembali ke kelompok teratas. Malang menimpa Syamil apabila masalah teknikal pada pusingan keempat menafikan peluangnya untuk podium.

Aksi terus sengit apabila Reynaidi dan Irfan silih berganti di depan sebelum Afif kembali menguasai kedudukan pertama pada pusingan ketujuh. Akid pula mengekori rapat, menjadikan sukar buat pelumba lain memintas, manakala Reynaidi dan Idlan melengkapkan lima pelumba teratas.

Di pusingan terakhir, Irfan cuba membuat gerakan berani untuk merampas pendahuluan, namun strategi dan ketenangan Afif nyata membuahkan hasil. Pertarungan hebat di antara tiga pelumba teratas berakhir dengan Afif menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 19’36.768s, diikuti Akid di tempat kedua (19’36.871s) dan Reynaidi di tempat ketiga (19’37.077s). Irfan bagaimanapun terjatuh di selekoh terakhir dan gagal menamatkan perlumbaan.

Kemenangan ini sekaligus mengesahkan gelaran juara keseluruhan MSBK250 A 2025 buat Afif dengan kutipan 151 mata, mendahului Akid yang mengumpul 102 mata di tempat kedua.

SIC dan TWMR turut merakamkan penghargaan kepada AEON CREDIT (M) BERHAD atas sokongan padu sepanjang hujung minggu perlumbaan AEON CREDIT MAM Malaysia Superbike Championship ini. RR

5 PELUMBA TERPANTAS – PERLUMBAAN 1

  1. Ahmad Afif Amran – SUPERFAST JRT X RAPIDO (19’36.768s)
  2. Md Akid Aziz – SUPERFAST JRT X RAPIDO (19’36.871s)
  3. Reynaidi Pradana – REY RACING SPEED (19’37.077s)
  4. Idlan Hakimi Raduan – HORIZON RACING TEAM (19’37.255s)
  5. Johann Reeves Emmanuel – AXOR GUSTO RACING CRA (19’55.577s)

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.