RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 11 November 2025

Qabil Irfan Akhiri Musim 2025 Sebagai Juara ESBK Talent

Musim 2025 Espana Superbike Championship (ESBK) berakhir dengan dramatik di Circuit de Jerez, Sepanyol apabila Qabil Irfan muncul sebagai juara keseluruhan kategori ESBK Talent. Pusingan terakhir ini menyaksikan persaingan sengit daripada pelumba-pelumba berbakat, menjadikan perlumbaan lebih mencabar dari biasa.

Qabil memulakan minggu perlumbaan dengan sesi FP1 dan FP2, menunjukkan konsistensi dan kelajuan yang menjanjikan. Namun, cabaran sebenar muncul pada sesi kelayakan di litar basah, masalah teknikal ternyata menjejaskan jentera beliau yang menyebabkan Qabil bermula dari petak ke-17 untuk perlumbaan 1.

Perlumbaan 1 bermula dalam cuaca baik, Qabil menunjukkan kebolehan luar biasa. Dari lampu hijau, beliau meluru ke selekoh 1 dan pantas berada di kedudukan ke-9. Menjelang pusingan kedua, Qabil mengetuai kumpulan hadapan dengan persaingan sengit berterusan sehingga garisan penamat. Qabil menamatkan perlumbaan 1 di tempat ketiga.

perlumbaan 2 bermula dari petak ke-3, saingan kali ini lebih sengit, dengan pelumba lain menampilkan strategi agresif dari awal. Qabil beberapa kali memimpin, dan menjelang lap terakhir, sepuluh pelumba teratas bersaing rapat di setiap selekoh. Beliau menamatkan perlumbaan 2 di tempat ke-4, sekali gus menutup musim 2025 dengan status Juara Keseluruhan ESBK Talent.

“Perlumbaan 2 agak sengit dari awal hingga tamat perlumbaan. Tiada rezeki untuk podium Race 2 ini, tetapi saya sangat seronok kerana semua pelumba agak agresif dan laju, saya benar-benar menikmati perlumbaan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada KBS, SIC, Terengganu Inc, RCB dan ZK Racing atas sokongan mereka sepanjang musim 2025, serta semua penaja lain dan penyokong saya," kata Qabil Irfan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.