RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 20 November 2025

Pasukan Pramac Yamaha MotoGP mulakan langkah baru dengan YZR-M1 V4 terbaru!

Beberapa hari selepas tamatnya saingan MotoGP 2025, litar Valencia kembali 'meriah' dengan deruman jentera prototaip terbaru YZR-M1 dengan enjin V4 yang ditunggang oleh jaguh yang ditunggu-tunggu tidak lain dan tidak bukan, Toprak Razgatlioglu. Juara tiga kali Superbike World Championship (WSBK) itu akan bergandingan dengan Jack Miller untuk Muslim 2026 nanti.

Jack Miller 'kiri' & Toprak Razgatlioglu.
Jack Miller 'kiri' & Toprak Razgatlioglu.

Sesi ujian bermula agak lambat disebabkan cuaca yang tidak begitu baik di sebelah malam. Para pelumba terpaksa menyesuaikan diri dengan cepat dengan jentera, tayar dan sistem elektronik serba baru. Untuk menghormati pasukannya, Toprak menghadiahkan kesemua krew pasukan dengan makanan tradisional Tukri, Pistachio Baklava.

Toprak Razgatlioglu.
Toprak Razgatlioglu.

Sebaik sahaja lampu hijau dinyalakan, Toprak dan Miller terus ke litar untuk menyempurnakan lap sebanyak mungkin di atas jentera prototaip dari Yamaha itu. Lampu merah dinyalakan tempat jam 5.30pm dan Toprak berjaya menamatkan sesi ujian rasminya dengan pasukan Prima Pramac Yamaha MotoGP di tempat ke-18 dengan catatan masa terbaik 1'30"667s (53 lap) manakala Miller ke-20 dengan 51 lap.

Jack Miller.
Jack Miller.

"Ia adalah hari yang cukup penting buat Yamaha kerana kami hari in memulakan era baru dengan enjin V4 dan keempat-empat pelumba kami sempat mengujinya. Pada masa ini, kami tidak begitu memberi tekanan buat Toprak untuk memberikan maklum balas memandangkan segalanya baru buat jaguh dari Turki itu. Apa pun, dia sangat memahami karaktor jenteranya dengan tepat dan cepat. Lebih cepat daripada apa yang saya jangkakan. Secara peribadi, saya cukup menyukainya kerana dia sangat mudah untuk bekerjasama," Komen Pengarah Pasukan Prima Pramac Yamaha MotoGP, Gino Borsoi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.