RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 29 Januari 2026

Tarikh Ujian Rasmi MotoGP 2026 Diumumkan

Sesi pramusim MotoGP 2026 bakal bermula dan kalender bagi ujian rasmi sepanjang musim telah disahkan secara rasmi oleh Dorna.

Shakedown Test membuka tirai bermula 29hb hingga 31hb Januari 2026 manakala ujian pramusim Sepang pada 3hb hingga 5hb Februari di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang. Sesi ujian ini menandakan bahawa bermulalah aktiviti MotoGP 2026.

Pada 7hb Februari pula merupakan pelancaran rasmi MotoGP 2026 di mana Kuala Lumpur menjadi tuan rumah bagi acara berprestij itu.

Persiapan pramusim diteruskan dengan sesi ujian terakhir selama dua hari di Litar Antarabangsa Chang, Buriram pada 21hb dan 22hb Februari, seminggu sebelum musim pembuka tirai perlumbaan Grand Prix Thailand.

Apabila musim perlumbaan bermula, empat hari ujian rasmi telah dijadualkan. Dua daripadanya merupakan ujian rasmi MotoGP yang akan berlangsung selepas Grand Prix Sepanyol di Jerez dan Grand Prix Catalunya di Barcelona.

Untuk sesi di Jerez dan Barcelona kesemua peserta akan menggunakan tayar daripada pembekal rasmi MotoGP iaitu Michelin.

Selain itu, dua sesi ujian pasca perlumbaan yang tidak rasmi turut dirancang pada selepas Grand Prix Republik Czech dan Grand Prix Austria di mana tumpuan diberikan kepada penggunaan tayar daripada pembekal tayar baharu bagi musim 2027. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.