RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 Mac 2026

Marco Bezzecchi Juara GP Thailand 2026

Marco Bezzecchi dari pasukan Aprilia Racing meraih kemenangan penuh bergaya dalam perlumbaan pembuka tirai MotoGP 2026 yang berlangsung di Litar Buriram, Thailand. BIntang pasukan Aprilia itu berjaya menundukkan Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing) di tempat kedua dan Raul Fernandez dari pasukan Trackhouse MotoGP) yang turut berpuas hati di tempat ketiga.

Marco Bezzecchi pamerkan tunggangan cukup sempurna.
Marco Bezzecchi pamerkan tunggangan cukup sempurna.

Selepas menunjukkan prestasi cukup cemerlang dalam perlumbaan Sprint, Bezzecchi memiliki sedikit kelebihan untuk bermula di barisan hadapan. Permulaan yang sempurna membolehkan dia berada di posisi hadapan sebaik sahaja saingan bermula. Juara bertahan, Marc Marquez turut bermula dengan baik tetapi kedudukan itu tidak kekal lama apabila dipintas oleh beberapa orang pelumba dalam masa yang singkat.

Pedro Acosta berjaya memintas M.Marquez untuk meraih kedudukan podium.
Pedro Acosta berjaya memintas M.Marquez untuk meraih kedudukan podium.

Bezzecchi mendominasi saingan sejak dari posisi pole hingga ke garisan penamat dengan tunggangan yang sangat konsisten. Pemilihan tayar yang tepat dan kawalan jentera yang cukup sempurna membolehkan jaguh Aprilia ini menamatkan saingan dengan kelebihan masa yang memang cukup selesa walaupun terpaksa menerima asakan di peringkat awal.

Pemenang tempat ketiga Litar Buriram, Raul Fernandez.
Pemenang tempat ketiga Litar Buriram, Raul Fernandez.

Di kedudukan kedua ialah Pedro Acosta yang juga menunjukkan prestasi positif sepanjang minggu. Masalah cengkaman tayar menghadkan kemampuannya untuk mencabar pelumba di hadapan tetapi pertarungannya dengan M. Marquez di awal saingan memang cukup menarik. Gaya tunggangan yang garang serta beberapa serangan agresif untuk cuba berada di depan menunjukkan Acosta kini lebih fokus untuk meletakkan dirinya sebagai antara pelumba favorite untuk musim ini.

Fabio Quartararo menamatkan saingan di tempat ke-14.
Fabio Quartararo menamatkan saingan di tempat ke-14.
Johann Zarco, raih tempat ke-11.
Johann Zarco, raih tempat ke-11.
Masalah teknikal ganggu Marc Marquez.
Masalah teknikal ganggu Marc Marquez.

Tahniah juga buat Raul Fernandez yang mempersembahkan tunggangan yang kemas. Dengan mengambil kesempatan atas beberapa insiden kecil dalam kelompok pertengahan, dia berjaya meletakkan satu lagi jentera Aprilia di atas podium. Tempat keempat turut diisi oleh pelumba Aprilia iaitu Jorge Martin diikuti Ai Ogura yang juga menunggang Aprilia.

Diogo Moreira '11' cuba merapatkan diri dengan M.Marquez.
Diogo Moreira '11' cuba merapatkan diri dengan M.Marquez.

Perlumbaan kali ini turut emnyaksikan drama yang membabitkan juara bertahan. M.Marquez yang terpaksa bersara awal akibat tayar bocor berpunca daripada kerosakan bahagian rim. Seorang lagi wakil 'rumah merah' iaitu Francesco Bagnaia menamatkan saingan di tempat kesembilan. Tempat keenam dimenangi oleh Fabio Di Giannantonio diikuti oleh Brad Binder dan Franco Morbidelli. Luca Marini dari pasukan Honda HRC Castrol di tempat ke-10, kurang daripada 1 saat di hadapan Johann Zarco di kedudukan ke-10.

Fabio Quartararo.
Fabio Quartararo.
Marc 'kiri' dan Bezzecchi.
Marc 'kiri' dan Bezzecchi.

Dari Thailand, para pelumba akan terbang ke Brazil untuk pertarungan pusingan kedua yang dijadualkan akan berlangsung pada 20 hingga 22 Mac 2026 ini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.