RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 25 Mac 2026

Marco Bezzecchi Raih Kemenangan lagi!

Pasukan Aprilia Racing telah mencipta sejarah lagi apabila meraih kemenangan 1-2 di MotoGP Brazil menerusi Marco Bezzecchi dan Jorge Martin.

Perlumaan akhir pada hari Ahad bermula dengan rancak apabila Bezzecchi terus melonjak sebagai pendahulu selepas melakukan holeshot. Manakala . Fabio Di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46 Racing Team) yang bermula di petak pertama berada di kedudukan kedua diikuti Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) di tangga ketiga. Rakan sepasukan Bezzecchi iaitu Jorge Martin berada di tempat keempat.

Sementara itu, Pedro Acosta muncul pelumba paling menyerlah di awal perlumbaan apabila melonjak dari kedudukan kesembilan ke tangga kelima. Pada pusingan awal, Marc Marquez berjaya merampas kedudukan kedua dan Acosta turut mengatasi Martin. Pada masa yang sama, Bezzecchi terus konsisten di hadapan tanpa sebarang cabaran.

Drama berlaku apabila berada di pusingan keenam di mana Fabio Di Giannantonio cuba untuk memintas Marquez, namun kedua-dua pelumba terbabas dan membuka ruang kepada Martin untuk naik ke tangga kedua. Insiden ini secara tidak langsung mengubah corak persaingan, dengan Marquez terpaksa berjuang semula dari kedudukan keempat.

Persaingan dalam kelompok tengah turut sengit dengan beberapa pertukaran posisi melibatkan pelumba-pelumba muda seperti Pedro Acosta dan Ai Ogura. Tiba sahaja di penghujung perlumbaan, perebutan tempat ketiga kembali hangat di antara Marquez dan juga Di Giannantonio. Walaupun Marquez berjaya memintas seketika, kesilapan kecil yang dilakukannya membuka peluang kepada Di Giannantonio untuk merampas semula kedudukan tersebut.

Di hadapan Bezzecchi berjaya melepasi garisan penamat sebagai pemenang diikuti rakannya, jorge Martin di tempat kedua manakala Di Giannantonio berjaya mempertahankan kedudukannya di tempat ketiga daripada pelumba Ducati. 

Sementara itu, Marc Marquez menamatkan saingan pusingan kedua di tempat keempat, Ai Ogura di kedudukan kelima dan Alex Marquez di tangga keenam. Dua pelumba Yamaha iaitu Alex Rins dan Fabio Quartararo masing-masing menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14 dan 16. Pelumba Honda HRC Castrol iaitu Luca Marini turut mempamerkan aksi cemerlang selepas menamatkan saingan di tangga ke-11. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.